Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ESL One Kuala Lumpur 2023 Bermula – Pasukan Dota 2 Terbaik Dunia Diseru Ke Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 15, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA, PC, Steam, Temuramah
0 0
0
ESL One Kuala Lumpur 2023 Bermula – Pasukan Dota 2 Terbaik Dunia Diseru Ke Malaysia!

Sumber: ESL Dota 2

Share on FacebookShare on Twitter

ESL One Kuala Lumpur 2023 tajaan Intel akan menjadi kejohanan Dota 2 LAN terakhir pada tahun ini dan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 15 – 17 Disember. Di sini, pasukan terbaik Dota 2 dari seluruh dunia untuk membuktikan siapa yang layak untuk mara ke fasa seterusnya.

YB Adam Adli bin Abd Halim selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut hadir ke kejohanan dan berkata:

“Terima kasih kerana memilih Kuala Lumpur sebagai tempat pilihan. Hak penganjuran-penganjuran seperti ini harus diteruskan secara konsisten supaya pemain-pemain Malaysia dapat pengalaman, dapat “exposure”, dapat platform yang terbaik, dan juga dapat beri kepulangan daripada segi bantuan.”

Berikut adalah semua yang anda perlu tahu tentang ESL One Kuala Lumpur:

Merupakan kejohanan kedua dalam ESL Pro Tour (EPT) untuk Dota 2 Season 2, ESL One Kuala Lumpur 2023 menyaksikan 12 pasukan dari seluruh dunia bersaing untuk merebut gelaran juara dan prize pool sejumlah $1,000,000 dan 19,980 EPT Points.

Pada 11 Disember, pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kini pada 15 – 17 Disember, empat pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan bertanding di Playoff secara langsung di MITEC, di mana hanya satu boleh dinamakan sebagai juara.

Sumber: Gamer Santai

Format

Playoff: Playoff akan menampilkan sistem double elimination di mana pasukan terbaik diletakkan di upper bracket manakala pasukan lower bracket harus melalui fasa perlawanan yang lebih sukar untuk berjuang hidup. Semua perlawanan adalah best-of-three untuk menentukan siapa yang akan mara.

Grand Final: Dua pasukan terbaik akan bertemu di Grand Final untuk bermain perlawanan best-of-five bagi membuktikan siapa yang akan menjadi yang terbaik dan memenangi gelaran juara

Pasukan yang bertanding

Pasukan-pasukan berikut akan bertanding di Playoff ESL One Kuala Lumpur 2023:

  • Gaimin Gladiators
  • G2.IG
  • Azure Ray
  • Team Liquid
  • Team Secret
  • BetBoom Team
  • Team Falcons
  • Tundra Esports
Sumber: ESL Dota 2

Seperti saya kata tadi, jumlah besar $1,000,000 disediakan untuk ESL One Kuala Lumpur. Juara kejohanan akan menerima  $300,000 manakala Naib juara akan menerima $175,00. Baki pasukan akan memperoleh $120,000 hingga $25,000 bergantung pada kedudukan terakhir mereka dalam kejohanan.

Sebagai tambahan, ESL One Kuala Lumpur mempunyai total 19,980 EPT Point untuk dimenangi. Dengan point berharga ini, pasukan boleh naik di Leaderboard dengan harapan untuk menerima jemputan terus ke kejohanan tertinggi. Juara akan membawa pulang 4,800 Point. Baki pasukan akan menerima antara 210 dan 3,600 Point bergantung pada kedudukan mereka.

Pelbagai Aktiviti Lain Disediakan Di Tapak Acara

Bagi peminat yang datang ke ESL One Kuala Lumpur, pelbagai aktiviti dan permainan menarik menanti. Sama ada ingin berehat atau meluangkan masa lapang, peminat boleh mencuba aktiviti-aktiviti berikut:

  • Message Wall: Tinggalkan mesej di ESL One Kuala Lumpur 2023! Anda boleh tulis apa-apa sahaja (janji bukan ayat kesat) seperti ramalan anda untuk patch Dota 2 yang seterusnya, sesuatu yang anda ingin capai, dan lain-lain;
  • Balloon artist: Mencari item kegemaran anda? Datang ke Balloon Booth Counter untuk menerima item in-game yang anda inginkan daripada Shopkeeper;
  • Airbrush tattoo: Menawarkan pelbagai reka bentuk, masuk ke Airbrush Tattoo Booth untuk menerima beberapa tatu sementara;
Sumber: Gamer Santai
  • Oracle’s Library: Langkah masuk ke dalam dunia Oracles Library, tempat yang sesuai untuk mengambil gambar kenangan dan mengasyikkan diri;
  • Signing Session: Anda berpeluang bertemu pemain kegemaran dan mendapatkan tandatangan mereka! Influencer di bawah juga telah disahkan akan datang;
    • Shu Faye
    • Xiinya
    • Pindapanda
  • Cosplay: Lebih ramai lagi meriah! Raikan Cosplay Dota 2 pada hujung minggu ini;
Sumber: Gamer Santai
  • Tarot Card Reading: Ingin mengetahui masa depan anda dalam Dota? Adakah anda akan menjadi profesional, atau adakah anda akan kekal sebagai noob? Lihat masa depan dengan membaca kad Tarot!
  • Merchandise: ESL Shop akan singgah di ESL One Kuala Lumpur 2023, menampilkan pelbagai jenis pakaian pasukan profesional rasmi dan koleksi unik, termasuk mousepad, keycap dan pin.
  • AMA Session: Ask Me Anything Session akan diadakan pada hujung minggu.
Sumber: Gamer Santai

Tonton Secara Fizikal Atau Dari Keselesaan Rumah

Peminat boleh menonton ESL One Kuala Lumpur 2023 di ESL Dota 2 Twitch (Main, Ember, dan Storm) dan halaman YouTube, serta melalui rakan kongsi khusus.

Mereka yang ingin mengalami aksi secara langsung boleh membeli tiket di SINI – Tiket Regular 3 hari dan Tiket Sehari masih tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dota 2ESL OneESL One Kuala Lumpur 2023Esports
ShareTweetSend
Previous Post

MONSTERS: 103 Mercies Dragon Damnation Bakal Ditayangkan di Netflix pada Januari 2024!

Next Post

Dragon Quest Monsters: The Dark Prince Review — Kembali Mengumpul Raksasa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Zenless Zone Zero: Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?
Panduan

Zenless Zone Zero: Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?

June 6, 2025
Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum
Panduan

Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum

June 6, 2025
Zenless Zone Zero: – Agent, Bangboo, W-Engine & Drive Disc Baru Untuk Update 2.0
Panduan

Zenless Zone Zero: – Agent, Bangboo, W-Engine & Drive Disc Baru Untuk Update 2.0

June 6, 2025
Next Post
Dragon Quest Monsters: The Dark Prince Review — Kembali Mengumpul Raksasa!

Dragon Quest Monsters: The Dark Prince Review -- Kembali Mengumpul Raksasa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd