Hampir tujuh tahun sejak pelepasan game Dragon Quest Monsters: Joker 3 (DQM: Joker 3), akhirnya siri tersebut hadir dengan entri baharu iaitu Dragon Quest Monsters: The Dark Prince. Berbeza dengan game terdahulu yang memaparkan protagonis yang mempunyai amnesia, The Dark Prince membolehkan kita bermain sebagai Psaro dan menerokai latar belakangnya dengan lebih mendalam. Ingin tahu lebih lanjut, teruskan baca review penuh kami untuk Dragon Quest Monsters: The Dark Prince!
Psaro sebagai protagonis
Bila bercerita tentang game monster battle atau monster collection, jarang juga orang peduli mengenai plotnya. Ramai yang akan berebut-rebut untuk melengkapkan koleksi monster masing-masing. Walaupun begitu, DQM: The Dark Prince memaparkan antagonis daripada Dragon Quest 4 (DQ4), Psaro. Itu sudah tentunya sesuatu yang menarik untuk game ini.
Penceritaannya bermula seperti game JRPG tipikal, di mana kuasa seorang pengguna pedang berbakat telah disekat dan bertukar menjadi monster wrangler untuk memulakan perjalanannya untuk membalas dendam. Watak sampingan daripada Dragon Quest 4, Rose dan Dragon Quest 5 Tailon turut muncul dalam game ini. Watak Rose yang tidak begitu diterokai dalam game asal akhirnya mendapat highlight dengan banyak pendedahan mengenai latar belakangnya.
Semakin anda maju dalam game ini, anda akan melihat hubungan dan motivasi Psaro berkembang termasuklah perkembangannya sebagai watak. Penamatnya juga membuatkan kami puas hati, dan kami pastu ramai yang akan menikmati plot Dragon Quest Monsters: The Dark Prince.
Eksplorasi yang berbeza setiap musim
Kalau dalam game GQ, selalunya kita akan meneroka dunia manusia dan hanya terokai Nadiria pada penghujung game. Tetapi disebabkan kita bermain sebagai putera demon, kita meluangkan masa yang singkat di dunia manusia, Terraria dan terus ke Nadiria untuk mendapatkan raksasa-raksasa yang kuat. Nadiria dibahagikan kepada enam bahagian yang dikenali sebagai Circle. Setiap Circle mempunyai tiga bahagian iaitu Lower, Middle dan Upper.
Terdapat empat musim dalam game ini dan setiap musim akan mengubah rupa kawasan. Ia juga mungkin membuka laluan baharu untuk diterokai dan juga memaparkan raksasa yang nadir. Selain daripada musim, cuaca juga boleh berubah yang juga boleh menyebabkan raksasa nadir untuk muncul. Untuk mengumpul kesemua raksasa ini, anda perlulah melawat kawasan-kawasan pada musim yang berbeza.
Kami pasti ramai yang akan mengeluh untuk berulang-alik ke kawasan yang diterokai, lebih-lebih lagi kalau kawasannya luas. Nasib baik, game ini memperkenalkan sistem fast travel yang dipanggil Zoom sebelum kita melangkah ke Nadiria.
Banyak raksasa untuk dikumpul
Antara siri utama DQM adalah monster battle dan merekrut raksasa. Terdapat lebih daripada 500 raksasa yang anda boleh kumpulkan. Tidak dilupakan juga sistem Synthesis yang mudah tetapi kompleks untuk anda gabungkan dua raksasa, yang akan menggabungkan talent dan talent point mereka menjadi satu. Kadang-kadang anda juga boleh mendapatkan raksasa yang lebih kuat.
Sistem ini dihasilkan untuk mudah digunakan kerana anda akan selalu gabungkan raksasa dan memilih hasilnya sebelum gabungkannya. Pembangun telah melakukan kerja yang bagus dengan kebebasan yang diberikan kepada pemain untuk memilih talent yang diingini. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna sistem itu tidak mempunyai kelemahan, sebaliknya sifat raksasa adalah sesuatu yang tidak boleh diedit atau diganggu. Ini bermakna bahawa kebanyakan build raksasa akan terikat pada sifat mereka.
Setiap raksasa mempunyai dua saiz berbeza iaitu S dan L. Raksasa bersaiz S akan mengambil 1 slot parti manakala Raksasa L pula memerlukan 2 slot kalau ingin digunakan. Kelebihan raksasa bersaiz L ini, mereka mempunyai 3 sifat tambahan HP, statistik ofensif, defensif dan damage yang tinggi. Walaupun begitu, mereka bergerak lebih perlahan berbanding raksasa bersaiz S.
Ada pelbagai cara untuk anda mendapatkan raksasa baharu. Cara paling senang adalah merekrut mereka, manakala cara lain pula melalui telur yang anda jumpai di setiap Circle. Terdapat juga raksasa yang merupakan telur eksklusif untuk direkrut.
Bercerita tentang talent, ia mudah untuk dipindahkan daripada satu raksasa ke raksasa yang lain. Terdapat banyak kebolehan tersembunyi yang anda boleh buka selepas maksimumkan talent. Yang penting talent point parent digunakan pada talent yang sama. Ada juga beberapa talent yang memerlukan dua talent maksimum berbeza untuk membukanya.
Daripada saiz raksasa, talent tersembunyi yang boleh dibuka, sistem Synthesis mudah untuk kasual tetapi pada masa yang sama mempunyai kedalaman yang mencukupi untuk pemain hardcore. Sebagai tambahan, pembangun Dragon Quest Monsters: The Dark Prince turut memperkenalkan Sparkling, di mana raksasa akan mempunyai ikon kecil pada sheet watak dan juga point statistik maksimum yang lebih tinggi untuk salah satu atributnya.
Pertempuran yang mudah untuk dimainkan
Dengan begitu banyak raksasa yang boleh disesuaikan, kita boleh mempunyai daripada 2 hingga 4 raksasa dalam parti mengikut slot tersedia. Bagi kami, pertempuran turn-based game ini cukup memuaskan terutamanya selepas menghabiskan masa yang cukup lama untuk membentuk raksasa untuk peranannya dan ia berfungsi dengan baik. Sebaik sahaja anda menyusun sifat dan aksesori serangan elemental, raksasa anda akan dapat menangani damage AOE yang banyak sekali gus. Seperti game JRPG yang lain, buff dan debuff sesuatu yang sangat penting, terutamanya semasa menentang bos.
Kesimpulan
Memandangkan siri Dragon Quest Monsters mempunyai banyak entri, kami pasti ada antara anda yang takut untuk bermain DQM: The Dark Prince. Sejujurnya bagi kami, tidak ada masalah langsung untuk anda terus mainkan game ini tanpa main game terdahulu kerana ia memang sesuai untuk pemain kasual mainkan. Kami pasti pemain veteran juga akan menyukai entri baharu ini. Game ini juga mempunyai lakonan suara yang begitu baik. Mengenai prestasinya, ada beberapa kali game ini crash sepanjang 60 jam bermainnya pada Nintendo Switch OLED. Mungkin ia perlukan sedikit penambahbaikan supaya ia lebih stabil pada konsol Switch sekarang ini.
Kaveat yang lain ialah, banyak statistik atau penerangan dalam permainan tidak memberi kita gambaran penuh. Banyak kali kita perlu meluangkan masa untuk menguji mekanik tertentu untuk memahami dengan lebih baik. Selain itu, ada banyak stat atau penerangan yang agak mengelirukan kami. Jadi memang banyak masa yang dipakai untuk mencuba beberapa mekanik untuk memahaminya dengan lebih baik.
Sebelum kami terlupa, Dragon Quest Monsters: The Dark Prince juga mempunyai banyak kandungan post-game, jadi memang anda boleh nikmati game ini dengan lama! Berkenaan spawn raksasa pula, ia menggunakan sistem RNG (rawak), terutamanya telur. Jadi jangan mengalah untuk dapatkan raksasa yang anda perlukan.
Dragon Quest Monsters: The Dark Prince kini tersedia di Nintendo Switch. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Dragon Quest daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Dragon Quest Monsters: The Dark Prince
PROS
- Lebih 500 raksasa untuk dikumpul
- Kebebasan yang diberikan untuk sistem Synthesis raksasa
- Lakonan suara watak yang hebat
- Mempunyai sedikit kedalaman untuk menyesuaikan build raksasa
CONS
- Game crash beberapa kali
- Perlukan usaha untuk grind
Discussion about this post