Laman web rasmi untuk anime Attack on Titan mendedahkan bahawa episod terakhir dalam siri iaitu episod 87 terpaksa ditunda kerana tayangan program khas yang akan disiarkan pada slot masa yang sama.

Musim terakhir Attack on Titan kini sudah sampai separuh jalan dengan hanya 6 episod lagi untuk disiarkan, Namun, terdapat sedikit perubahan dalam jadual rancangan. Secara lebih khusus, episod terakhir anime Attack on Titan sepatutnya disiarkan pada 27 Mac, tetapi telah ditangguhkan selama 1 minggu kerana sejenis program istimewa. Tarikh keluaran baru untuk episod terakhir kini ditetapkan pada 3 April.

Laman web rasmi Attack on Titan tidak mendedahkan maklumat tentang “program khas” ini tetapi mengikut beberapa spekulasi di internet, mungkin ada pengumuman tentang filem Attack on Titan. Satu lagi sebab mungkin adalah tentang isu produksi , di mana salah seorang pengarah Attack on Titan menulis di Twitter bahawa dia baru sahaja pulang ke rumah setelah bekerja 3 hari di studio tanpa henti. Korang boleh baca lebih lagi tentang kes tersebut di SINI.
Apa pendapat anda? Mengapa episod terakhir Attack on Titan ditunda? Adakah mereka akan mengumumkan filem? Jom kongsikan pendapat di ruang komen.

Attack on Titan ialah sebuah siri manga Jepun oleh Hajime Isayama, yang ditetapkan dalam dunia bahaya bersama Titan, makhluk humanoid gergasi yang memakan manusia seolah-olah tanpa sebab. Cerita ini berkisarkan kehidupan Eren Jaeger dan adik angkatnya Mikasa Ackerman yang berubah selama-lamanya selepas kemunculan Titan yang memusnahkan kediaman mereka dan menyebabkan kematian ibu Eren.
Attack on Titan telah diterbitkan secara bersiri di majalah Bessatsu Shōnen dari September 2009 hingga April 2021, dengan babnya dikumpulkan dalam 34 jilid “tankōbon”.
Sumber – Laman AOT
@gamersantaimy
Discussion about this post