Francais Just Cause yang dibangunkan oleh Square Enix nampaknya akan mendapat entri terbaru. Walaupun begitu, masih tiada berita lanjut yang dilaporkan mengenainya ataupun tajuk untuk game baru tersebut. Mari kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Semasa laporan kewangan terbaru Square Enix dibentangkan, Square Enix telah mengatakan bahawa francais Just Cause masih sebahagian daripada bisnes syarikat itu malah game terbaru untuk francais sedang dibangunkan. Berikut adalah petikan daripada Yosuke Matsuda yang telah diterjemahkan:
Kami mahu fokus dalam menghasilkan tajuk baru yang sejajar dengan strategi kami, ini termasuklah IP terbaru. Francais Just Cause masih lagi IP kami dan kami dalam usaha membangunkan tajuk baru untuk francais.
Yosuke Matsuda, Presiden dan CEO Square Enix

Walaupun begitu, maklumat ini telah didedahkan kepada pelabur, jadi tiada butiran yang telah disahkan. Berkemungkinan besar juga ia berkaitan dengan pembangunan Just Cause Mobile yang telah ditunda akibat pandemik Covid-19. Game itu juga akan memaparkan top-down PVP shooter dan percuma untuk dimainkan di Android dan iOS. Pemain akan bersaing dan menentang pemain lain dalam salah satu mod permainan yang tersedia dalam Just Cause Mobile.

Tetapi jika betul game baru yang sedang dibangunkan ini tiada kena mengena dengan versi mobile, berkemungkinan besar game itu dibangunkan untuk PC dan konsol next-gen. Ramai juga peminat yang lega apabila mengetahui Square Enix masih lagi mempunyai rancangan dengan IP Just Cause. Mungkin juga kita boleh mendapatkan beberapa berita semasa livestream Summer Games Fest nanti. Apa pula pendapat anda mengenainya? Adakah anda rasa game baru itu Just Cause 5 atau sebaliknya? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, anime, manga dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post