Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elden Ring Nightreign Ditetapkan Keluar Pada 30 Mei – Pra-tempahan Kini Dibuka!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2025
in Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS4, PS5, Soulslike, Steam, Survival, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Elden Ring Nightreign Ditetapkan Keluar Pada 30 Mei – Pra-tempahan Kini Dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment dan FromSoftware, Inc. secara rasmi mengumumkan tarikh keluaran Elden Ring Nightreign, sebuah game multiplayer co-op aksi survival yang berlangsung dalam dunia Elden Ring.

Bakal dilancarkan pada 30 Mei, pra-tempahan kini dibuka untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC melalui Steam.

Elden Ring Nightreign menguji pemain dengan pertempuran PvE yang sengit dalam dunia yang kejam dan penuh cabaran.

Sama ada membentuk pasukan tiga orang atau berjuang secara solo, pemain perlu memilih salah satu daripada lapan Nightfarer unik, masing-masing dengan abiliti tersendiri, untuk bertahan dalam kitaran tiga hari dan tiga malam yang mencabar.

Kredit: FromSoftware

Sepanjang perjalanan, pemain perlu membuat keputusan pantas dalam pertempuran dan eksplorasi sambil mengharungi peta dinamik yang sentiasa berubah, menawarkan pelbagai biom, senjata, dan musuh yang mengancam.

Lingkaran api yang semakin menghampiri memaksa pemain untuk sentiasa menyesuaikan diri dan menjadi lebih kuat sebelum berdepan dengan pertarungan bos epik pada penghujung setiap hari.

Kredit: FromSoftware

Kemuncak cabaran survival ini berlaku pada hari ketiga, di mana jika pemain berjaya bertahan sehingga malam terakhir, mereka perlu berhadapan dengan salah satu bos Nightlord baharu.

Musuh yang menggerunkan ini direka untuk menguji batasan strategi dan kerjasama, memerlukan pemain menggabungkan kebolehan unik Nightfarer mereka untuk pengalaman yang benar-benar mendebarkan dalam dunia Elden Ring.

Kredit: FromSoftware

Bagi mereka yang tewas dalam pertempuran, masih ada peluang untuk bangkit semula. Pemain yang gagal akan memperoleh relic yang boleh digunakan untuk menyesuaikan dan menaik taraf watak mereka mengikut gaya permainan masing-masing, memberikan kelebihan untuk percubaan seterusnya.

Elden Ring Nightreign bersedia untuk mentakrifkan semula genre aksi survival dalam dunia yang sudah pun digemari oleh jutaan pemain. Bersiap sedia untuk satu pengembaraan epik, di mana setiap keputusan membawa kesan besar dan nasib para pahlawan terletak di tangan anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Elden Ring Nightreign
ShareTweetSend
Previous Post

Aksi Musou Roguelite Tanpa Henti dalam WARRIORS: Abyss, Kini Tersedia!

Next Post

Days Gone Remastered Dilancarkan 25 April 2025: Pengalaman Baharu di PS5 dan PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Days Gone Remastered Dilancarkan 25 April 2025: Pengalaman Baharu di PS5 dan PC!

Days Gone Remastered Dilancarkan 25 April 2025: Pengalaman Baharu di PS5 dan PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd