Hari ini, penerbit Bandai Namco dan pemaju FromSoftware telah mengumumkan “Colosseum Update” untuk Elden Ring yang boleh dimuat turun secara percuma. Apa yang lebih menggembirakan adalah update ini akan dilancarkan pada 7 Disember (hari ini), jadi pemain tidak perlu menunggu lama!
Walaupun tidak banyak info didedahkan, sebuah trailer telah dikeluarkan untuk menunjukkan kandungan Colosseum Update yang nampaknya memfokuskan pada pertempuran PvP. Anda boleh tonton video bawah:
Berikut adalah deskripsi trailer:
“Marilah, para pahlawan, dan nikmati kemuliaan Colosseum. Colosseum Limgrave, Leyndell, dan Caelid akan membuka pintu gerbang, membolehkan pemain terlibat dalam pertempuran seperti duel, free-for-all dan team fight. Buktikan nilai anda dalam Colosseum Update percuma.”
UPDATE:
Setiap arena mempunyai set peraturan sendiri. Pertama, Limgrave Colosseum mempunyai dua mode: United Combat dan Combat Ordeal.
- Dalam United Combat, pemain akan dibahagikan kepada dua pasukan untuk bertarung sesama sendiri dengan kelebihan dapat respawn tiap kali mati. Setiap kematian dan respawn memberikan mata kepada musuh, di mana pasukan dengan markah tertinggi adalah pemenang.
- Dalam Combat Ordeal, pemain tidak berpasukan dan perlu bertarung seorang diri. Jika mati, pemain boleh respawn sehingga masa tamat. Sesiapa yang mempunyai mata terbanyak akan menjadi pemenang.
Royal Colosseum, pula terletak di Leyndell, dan menampilkan Duel Mode. Dua pemain harus berhadapan hingga salah seorang mati, tanpa boleh respawn.
Akhir sekali adalah Caelid Colosseum yang menampilkan semua mode yang disebutkan di atas dengan tambahan boleh memanggil Spirit Ashes untuk bertarung di sisi pemain.

Seperti yang anda boleh lihat, kita akan masuk ke dalam bilik bulat gergasi ala arena bersama pemain lain dan dipaksa bertarung hingga mati. Semasa adegan aksi, saya boleh lihat mereka menggunakan Spirit Ashes dan menyeru bos seperti Mad Pumpkin Head untuk mengalahkannya pihak lawan – yang secara tidak langsung, menambah unsur PvE pada pertempuran.
Tetapi kita tidak perlu berlawan 1-v-1 tiap kali. Pemain juga boleh berganding bahu dengan sehingga tiga pemain lawan dalam mode 3v3.

Lebih banyak maklumat akan didedahkan apabila Colosseum Update dikeluarkan secara rasmi di Elden Ring. Buat mereka yang berminat, Elden Ring kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 25 Februari.
@gamersantaimy
Discussion about this post