Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elden Ring akan dilancarkan pada 21 Januari 2022, halaman Steam/PSN diumumkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Elden Ring akan dilancarkan pada 21 Januari 2022, halaman Steam/PSN diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Elden Ring secara rasmi didedahkan kepada komuniti pada awal tahun ini, tetapi baru hari ini, senarai permainan telah muncul di PSN dan Steam. Halaman PSN dan Steam tidak memberi apa-apa maklumat baru, tetapi menampilkan beberapa ‘screenshot’ dari permainan. Selain itu, ada juga beberapa kejutan untuk para peminat yang menanti. Akhirnya, Elden Ring akan dilancarkan pada 21 Januari 2022!

Sejak memulakan produksi pada tahun 2017, tidak banyak maklumat yang dikongsikan tentang permainan. Disebabkan itu, ramai peminat pasti teruja bila dapat tahu tentang halaman Steam dan PSN untuk permainan tersebut. Maklumat lebih lanjut mengenai gameplay Elden Ring juga diberikan, khususnya mengenai ‘character customization’, fitur ‘open-world, dan ciri dalam talian. Antara info yang paling menarik adalah Elden Ring membolehkan pemain merentas dengan lancar ke pelbagai dunia. Itu sahaja yang diberitahu tentang jalan cerita, di mana ramai menjangka ia akan menjadi satu “drama epik.”

Elden Ring VR

Namun, beberapa peminat memperhatikan di halaman PSN bahawa Elden Ring akan mendapat sokongan VR. Menurut halaman PSN, permainan boleh dimainkan menggunakan alat PSVR, bersama dengan ‘motion controller’. Halaman Steam tidak menyebut VR, jadi kemungkinan besar kita ia hanya dapat dimainkan menggunakan headset sahaja, dan tidak memiliki mod VR khusus.

Elden Ring (seperti permainan lain dari From Software), juga akan menampilkan watak utama yang memegang gelaran khas. From Software memang terkenal kerana mencipta dunia yang mempamerkan protagonis yang tidak semestinya adalah ‘hero’. Sebaliknya, watak utama akan diberikan pilihan untuk memajukan jalan cerita ke arah tertentu. Dari situ, watak utama boleh membawa dunia kepada arah kebaikan atau ke lembah kehancuran. Sekali lagi saya ingatkan, Elden Ring akan dilancarkan pada 21 Januari 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X & Series S, serta Microsoft Windows.

RelatedPosts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

Sumber – PSN, Steam

Lihat di sini
Elden Ring
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: FromSoftware
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Elden Ring adalah RPG yang dikembangkan oleh FromSoftware dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Permainan ini adalah usaha kolaborasi antara pengarah permainan Hidetaka Miyazaki dan novelis fantasi George R. R. Martin serta akan dilancarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, dan Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Elden Ringfrom softwareps storesteam
Previous Post

SEGA SUMMER SALE kini bermula! Lebih 50 game diskaun sehingga 80%!

Next Post

Draxx ingat Lady Hellbender cuba mengorat dia?! Inilah musuh baru dalam Marvel’s Guardian of the Galaxy

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Draxx ingat Lady Hellbender cuba mengorat dia?! Inilah musuh baru dalam Marvel’s Guardian of the Galaxy

Draxx ingat Lady Hellbender cuba mengorat dia?! Inilah musuh baru dalam Marvel's Guardian of the Galaxy

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd