Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Eksklusif: Visi Kreatif Two Point Museum – Sesi Interviu Bersama Design Director & Senior Producer

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2025
in Artikel, Berita, Eksklusif, PC, PS5, Simulator, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
Eksklusif: Visi Kreatif Two Point Museum – Sesi Interviu Bersama Design Director & Senior Producer
Share on FacebookShare on Twitter

Kami berpeluang mengadakan temu bual eksklusif bersama Jo Koehler (Senior Producer) dan Ben Huskins (Design Director) untuk membincangkan Two Point Museum, game simulasi pengurusan terbaru daripada Two Point Studios.

Kiri ke kanan: Jo Koehler (Senior Producer), Ben Huskins (Design Director) | Kredit: Sega

Sebagai tambahan terbaru dalam siri Two Point, game ini menjanjikan pengalaman pengurusan paling bebas dan kreatif setakat ini. Pemain diberikan kawalan sepenuhnya dalam membentuk dan menguruskan muzium mereka sambil mengekalkan humor serta aspek pengurusan yang menjadi ciri khas siri ini.

Mengimbangi Sejarah dan Humor

Pasukan pembangunan menghadapi cabaran menarik dalam mengekalkan humor khas Two Point sambil memastikan pengalaman muzium yang autentik. “Kami cuba mencari keseimbangan antara mengekalkan pesona dan humor dunia Two Point sambil memasukkan elemen yang biasa ditemui dalam muzium,” jelas Huskins.

Kredit: Sega

Walaupun game ini menampilkan elemen muzium seperti fosil dan dinosaur, semuanya hadir dengan sentuhan unik siri ini.

“Kami mahukan kombinasi unsur yang berpijak pada realiti serta yang lebih gila dan luar biasa. Sebagai contoh, kami memasukkan fosil dan tulang dinosaur kerana ia adalah perkara yang sering dilihat di muzium, membantu mencipta suasana muzium yang autentik dari awal. Tetapi, sudah tentu, kami juga menambah sentuhan sendiri—seperti dinosaur atau fosil ciptaan sendiri yang kelihatan sangat pelik!”

Variasi pameran juga menjadi tumpuan utama. “Setiap tema pameran direka untuk menjadi unik secara visual dan memperkenalkan mekanik gameplay yang berbeza. Setiap kali pemain menemui tema pameran baharu, mereka perlu mengubah strategi untuk menguruskan muzium mereka.”

Kredit: Sega

Selain itu, pameran juga saling berinteraksi dengan cara unik.

“Sesetengah pameran boleh memberi kesan kepada yang lain, mencipta gabungan menarik antara tema. Contohnya, dalam tema sains, pemain tidak hanya mempamerkan bahan sedia ada—mereka perlu mengumpulkan bahan untuk membina peralatan saintifik sendiri. Peralatan ini kemudian memberikan kelebihan dalam muzium, seperti menyiram pameran botani atau memberi amaran tentang penjenayah.”

Penyelidikan dan Pembangunan

Pasukan pembangunan menjalankan penyelidikan secara serius, termasuk lawatan ke muzium di London dan sesi perbincangan dengan profesional dalam bidang muzium. “Kami bahkan mendapat peluang lawatan di belakang tabir di salah satu muzium London, dan ia sangat menarik,” kongsi Koehler.

Melalui perbincangan ini, mereka memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kompleksiti operasi muzium.

Huskins menjelaskan, “Perbualan tersebut memberi kami gambaran tentang betapa banyaknya peranan berbeza dalam muzium sebenar. Ada kakitangan yang berinteraksi dengan pengunjung, memberi penerangan, dan mengendalikan lawatan, tetapi ada juga yang bekerja di sebalik tabir di makmal serta pasukan khas yang fokus kepada reka bentuk ruang pameran.”

Kredit: Sega

Maklumat ini membantu pasukan mencipta sistem gameplay yang autentik tetapi tetap menyeronokkan.

“Sudah tentu, mustahil untuk kami menggambarkan semua peranan ini secara menyeluruh dalam game. Jadi, kami mengambil inspirasi daripada realiti dan merangkumnya dalam sistem permainan yang ringkas tetapi menarik,” kata Huskins. Koehler turut menekankan kepentingan fasa penyelidikan ini: “Kami teruja untuk meneroka Two Point County dalam cara yang benar-benar baharu. Ia memberikan perspektif segar tentang dunia Two Point, dan semangat eksplorasi ini menjadi asas utama permainan.”

Inovasi dalam Gameplay

Game ini memperkenalkan beberapa ciri baharu, terutamanya sistem ekspedisi, yang telah melalui 15 kali perubahan sepanjang pembangunan. “Versi awal sistem ekspedisi hanya melibatkan satu butang, menunggu bar kemajuan penuh, dan kemudian memperoleh pameran,” kenang Huskins.

Kredit: Sega

Menemui peta dan serpihannya menjadi satu elemen yang menarik, di mana setiap titik di peta menawarkan pameran yang berbeza. “Cara pemain meneroka peta mempengaruhi apa yang mereka temui—seorang pemain mungkin pergi ke selatan dan menemui sesuatu, sementara pemain lain bergerak ke timur dan menemui sesuatu yang sama sekali berbeza.”

Sistem ekspedisi ini juga disepadukan sepenuhnya dengan pengurusan muzium. “Kami tidak mahu sistem ekspedisi terasa seperti elemen yang terpisah daripada game utama. Sebaliknya, kami mahu ia berkait rapat dengan pengurusan muzium itu sendiri,” tegas Huskins.

Kredit: Sega

“Apabila pasukan ekspedisi dihantar keluar, kejadian yang mereka alami boleh memberikan kesan besar—dan itu pun jika mereka berjaya pulang. Jika mereka kembali dalam keadaan cedera, sakit, atau bahkan terkena sumpahan selepas ekspedisi ghaib ke alam lain, ia akan mempengaruhi tugas mereka di muzium,” tambahnya. Koehler turut berkongsi, “Kami kemudian menambah pelbagai acara dalam ekspedisi kerana kami rasa ia boleh menjadikannya lebih bermakna serta memberi impak kepada keseluruhan pengalaman muzium.”

Mengurus Perbezaan Budaya

Pasukan pembangunan bekerjasama rapat dengan pakar penterjemahan Sega untuk memastikan humor British mereka dapat disesuaikan dengan baik dalam pelbagai bahasa. “Humor kami sangat British dan tidak selalu dapat diterjemahkan secara langsung, jadi kami sering menerima banyak soalan,” jelas Koehler.

Proses ini memerlukan kerjasama yang ekstensif.

“Kami bekerja secara langsung dengan pasukan Sega dalam translokalisasi, dan mereka memang hebat. Mereka mempunyai pakar bahasa yang bekerjasama dengan kami sepanjang proses ini. Kadang-kadang mereka bertanya, ‘Apa maksud ‘pun’ ini?’ atau ‘Boleh jelaskan jenaka ini kepada kami?’ Selepas itu, mereka menyesuaikan terjemahan supaya ia sesuai dengan budaya dan bahasa sasaran.”

Kredit: Sega

Kadangkala, pasukan penterjemahan perlu mencari penyelesaian kreatif. Huskins menambah, “Ada kalanya mereka mencipta versi jenaka yang berbeza tetapi berkesan.” Koehler pula menerangkan proses kawalan kualiti mereka:

“Kami sentiasa memastikan humor dalam game dapat difahami dan diterima oleh pemain di setiap negara. Kami melakukan ujian secara menyeluruh dan terus memantau ulasan serta maklum balas selepas pelancaran untuk melihat jika ada keperluan untuk perubahan atau penyesuaian.”

Kebebasan Kreatif dan Modding

Buat pertama kali dalam siri Two Point, Two Point Museum akan dilancarkan dengan sokongan modding sejak hari pertama.

“Ini kali pertama kami memperkenalkan sokongan modding sejak pelancaran. Buat masa ini, ia masih asas, membolehkan pemain menambah item dan kertas dinding, tetapi jika komuniti benar-benar berminat, kami teruja untuk memperluaskan sistem ini,” kata Koehler.

Huskins menambah, “Kami pernah memperkenalkan modding selepas pelancaran Two Point Campus, dan komuniti benar-benar menyukainya—mereka mencipta pelbagai kandungan yang luar biasa. Jadi, kami rasa Two Point Museum adalah game yang sesuai untuk modding kerana ia memberi peluang kepada pemain untuk mencipta ruang pameran unik bagi koleksi mereka.”

Kredit: Sega

Game ini juga menawarkan pelbagai alat kreatif yang membolehkan pemain membentuk muzium mereka dengan penuh kebebasan. “Dengan hanya item asas dalam game, pemain sudah boleh mencipta sesuatu yang benar-benar unik kerana mereka mempunyai kawalan penuh ke atas reka bentuk ruang,” jelas Huskins.

Pasukan pembangunan menggalakkan pemain bereksperimen dengan alat kreatif yang disediakan.

Koehler menambah, “Saya sangat menggalakkan pemain untuk mencuba semua alat kreatif yang ada. Saya faham bahawa pilihan yang terlalu banyak boleh terasa sedikit menakutkan pada mulanya—mencuba untuk membuat sesuatu kelihatan menarik mungkin terasa sukar. Tapi sebenarnya, ia lebih mudah daripada yang disangka. Jangan takut untuk bereksperimen, walaupun reka bentuk bukan perkara yang biasa anda lakukan.”

Perancangan dan Strategi Masa Depan

Pasukan pembangunan sudah bersedia dengan sokongan selepas pelancaran.

“Kami pasti akan membaca maklum balas dan melihat bagaimana pemain bermain. Two Point Museum menawarkan pengalaman yang lebih unik berbanding game kami sebelum ini, dan itu sesuatu yang sangat kami nantikan,” kata Koehler. “Kami juga ingin tahu apa yang pemain mahukan supaya kami boleh membawa masuk kemas kini yang benar-benar meningkatkan pengalaman bermain.”

Kredit: Sega

Game ini menawarkan kebebasan strategik yang belum pernah ada dalam siri ini. Huskins menerangkan, “Setiap keputusan—di mana hendak membahagikan ruang, meletakkan dinding pemisah, atau mengatur kedai cenderamata dan tarikan utama—semuanya memberi kesan. Pemain boleh mendalami aspek aliran pengunjung, sama ada mereka mahu laluan yang lebih terkawal dan linear atau reka bentuk yang lebih terbuka.”

Selain itu, game ini memperkenalkan pelbagai alat pengurusan baharu.

“Pemain boleh menetapkan harga tiket dan barangan, mengatur zon kerja untuk kakitangan, serta menetapkan tugas khas untuk pekerja tertentu dalam muzium,” tambahnya.

Koehler juga menonjolkan elemen gameplay yang unik:

“Setiap pameran menarik jenis pelawat yang berbeza, menambah satu lagi lapisan strategi. Saya secara peribadi suka Yeti, jadi saya selalu membina bahagian beku dengan manusia gua yang terperangkap dalam ais—itu yang menarik perhatian mereka!”

“Game ini jauh lebih fleksibel berbanding tajuk kami sebelum ini, memberi lebih banyak ruang untuk pemain mencuba pendekatan berbeza,” kata Huskins. “Pemain mempunyai kawalan penuh—bukan sahaja ke atas eksplorasi dan koleksi pameran, tetapi juga dalam cara mereka menyusun muzium mereka. Kami tak sabar untuk melihat bagaimana pemain mencipta muzium mereka!”

Tarikh Pelancaran dan Bonus Pra-Pesan

Two Point Museum akan dilancarkan pada 5 Mac 2025 di PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S, dengan pra-pesanan kini dibuka di semua platform. Beli Explorer Edition versi digital untuk mendapatkan akses awal lima hari bermula hari ini (28 Februari)!

Pra-pesanan Two Point Museum juga memberikan akses kepada koleksi eksklusif bertemakan Sonic, termasuk pakaian kakitangan Sonic dan Shadow, pakaian cenderamata untuk pengunjung, serta anak patung mewah untuk dibeli di kedai muzium. Pilihan penyesuaian tambahan termasuk kertas dinding, lantai, dan patung hiasan bertemakan Sonic.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI.

Kredit: Sega

Anda boleh tonton Trailer Pra-Pesanan di bawah untuk gambaran umum:

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EkskslusifTwo Point Museum
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon Legends: Z-A Akan Datang Hujung 2025 – Gameplay Pertama!

Next Post

Pokémon Champions – Game Fokus “Battle” Untuk Switch & Mobile

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
Pokémon Champions – Game Fokus “Battle” Untuk Switch & Mobile

Pokémon Champions - Game Fokus "Battle" Untuk Switch & Mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd