Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ejen Ali The Movie 2 Pecah Rekod, Raih RM15.3 Juta dalam Empat Hari Tayangan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2025
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Ejen Ali The Movie 2 Pecah Rekod, Raih RM15.3 Juta dalam Empat Hari Tayangan
Share on FacebookShare on Twitter

Ejen Ali The Movie 2 mencipta fenomena apabila berjaya mengutip sebanyak RM15.3 juta hanya dalam masa empat hari selepas tayangan rasminya pada 22 Mei 2025, termasuk tayangan awal.

Jumlah ini, yang diumumkan oleh TGV dan GSC pada 26 Mei 2025, menjadikan filem ini sebagai pembukaan paling hebat untuk sebuah filem animasi tempatan di Malaysia, dengan sambutan luar biasa di 161 lokasi pawagam di Malaysia dan Brunei.

SATRIA MENGGILLLAAAA!!!!! 🔥🔥🔥
RM15.3 JUTA DALAM MASA 4 HARI TAYANGAN + 2 HARI TAYANGAN AWAL. Korang memang naisu!🫰🏻

Terima kasih kepada 1 JUTA EJEN yang telah melaporkan diri dalam MISI : SERBU PAWAGAM 🤜🏼💥🤛🏼

Kerja kita belum selesai! INI FILEM KITA – jom ajak semua famili… pic.twitter.com/mgJNk2jBMP

— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) May 26, 2025

Filem sekuel terbitan WAU Animation dan Primeworks Studios ini meneruskan pengembaraan mendebarkan Ali, seorang ejen muda dari MATA (Meta Advance Tactical Agency), bersama rakan-rakannya dalam menghadapi musuh baharu, Neonimus.

Jika filem pertama, Ejen Ali: The Movie (2019), berjaya mengutip RM6.4 juta dalam tiga hari tayangan, filem kedua ini mencatat lonjakan hampir tiga kali ganda, sekali gus membuktikan populariti francais ini yang semakin melonjak.

Penceritaan yang menarik, dengan aksi penuh debaran dan kualiti animasi yang dipertingkat, menerima pujian daripada peminat serta pengkritik, menjadikan Ejen Ali The Movie 2 sebagai satu pengalaman sinematik yang luar biasa.

SATRIA BANGKIT‼️

🔥 TERIMA KASIH, MALAYSIA! 🇲🇾 #EjenAliTheMovie2 pecah panggung dengan kutipan RM15.3 JUTA 🤜🏼💥🤛🏼

Kerja kita belum selesai! INI FILEM KITA — jom ajak semua famili dan kawan-kawan beli tiket sekarang 🎟️
Bertindak segera dan sapot lokal di pawagam GSC hari ini‼️… pic.twitter.com/Rc6zdBRoL7

— GSC (@GSCinemas) May 26, 2025

Dengan bajet produksi RM10 juta—meningkat berbanding RM6.5 juta untuk filem pertama—Ejen Ali The Movie 2 menunjukkan potensi besar untuk mengatasi kutipan keseluruhan filem terdahulu.

Masa tayangan yang strategik, iaitu sebelum cuti sekolah, turut membantu menarik penonton, dengan tiket sering kali habis terjual bagi slot-slot tayangan utama. Kejayaan ini turut disokong oleh lebih satu juta peminat yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan filem ini.

Pencapaian luar biasa Ejen Ali The Movie 2 membuktikan kekuatan animasi Malaysia yang mampu berdiri sebaris dengan karya antarabangsa. Dengan rekod kutipan yang memberangsangkan dan momentum yang semakin mantap, filem ini bersedia mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu francais animasi terhebat di rantau ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ejen Ali The Movie 2
ShareTweetSend
Previous Post

Inilah Super Sentai Paling Disukai Jepun, Menurut Undian Besar-Besaran!

Next Post

Kaiju No. 8: Mission Recon Bakal Gegar Pawagam GSC Bermula 26 Jun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Kaiju No. 8: Mission Recon Bakal Gegar Pawagam GSC Bermula 26 Jun

Kaiju No. 8: Mission Recon Bakal Gegar Pawagam GSC Bermula 26 Jun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd