Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

eFootball 2023 kembali dengan ‘Season 3’ – update penuh acara & superstar baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
eFootball 2023 kembali dengan ‘Season 3’ – update penuh acara & superstar baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk meraikan update terbaru, Konami Digital Entertainment Limited akan mengadakan pelbagai kempen dan acara bagi game bola sepak free-to-play “eFootball 2023“. Berikut adalah rumusan lengkap menurut sumber rasmi:

Dalam “Carnival Campaign,” yang berlangsung serentak dengan Karnival Rio di Brazil, pemain boleh mendapatkan “kontrak loteri” untuk memenangi pemain legenda dari Brazil dan “eFootball Coin” hanya dengan log masuk.

Selain itu, untuk meraikan pelancaran musim baharu J.League, yang menandakan ulang tahun ke-30 tahun ini, anda boleh mencipta pasukan sendiri dalam mode “Dream Team”, di mana pemain Jepun yang paling terkenal akan muncul sebagai kad Epic!

Dengan update hari ini, sebanyak 97 kelab termasuk empat liga utama Eropah (England, Sepanyol, Itali dan Perancis), kini tersedia dalam Trial Match. Mode Club National juga mempunyai ciri baharu “Friend Match”, yang membolehkan pemain berlawan dengan rakan online lain menggunakan kelab sebenar.

Acara ‘AFC Champions League 2022 Campaign’! Sertai acara untuk memenangi kontrak loteri bagi pemain dan ganjaran sehingga 40,000 GP. Pada masa yang sama, log masuk setiap hari untuk memenangi sebanyak 70,000 Exp!

Pep Guardiola dari Sepanyol adalah tambahan terbaharu dalam Manager Pack! Turut disediakan bersamanya adalah Johan Cruyff dan Fabio
Cannavaro.

Selain Shinji Kagawa dan Diego Forlan, yang juga pernah aktif dalam J-League, Dennis Law akan muncul pada kad “Epic” bagi pasukan Manchester United.

eFootball Championship Pro Club Selection kini tersedia! Sebanyak 16 pemain, 2 daripada setiap 8 kelab berikut boleh diperoleh: FC Barcelona, Manchester United FC, FC Bayern Munich, Arsenal FC, AS Monaco, AS Roma, AC Milan dan Internazionale Milano, akan tersedia!


Anda boleh bermain eFootball 2023 sekarang di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, PC dan Mobile.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bola sepakeFootball 2023
Previous Post

Octopath Traveler II (PS5) Review –Bermulanya Sebuah Pengembaraan Baharu!

Next Post

Selami Dunia Demon Slayer! Pengalaman Santai di Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!
Nintendo Switch 2

Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!

June 20, 2025
[EKSKLUSIF ASIA] Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles: Jawapan Sebenar Tiada Kandungan “The War of the Lions”
Eksklusif

[EKSKLUSIF ASIA] Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles: Jawapan Sebenar Tiada Kandungan “The War of the Lions”

June 20, 2025
Rematch Mulakan Kick Off – Game Bola Sepak Arcade Sloclap Kini di Konsol & PC!
Berita

Rematch Mulakan Kick Off – Game Bola Sepak Arcade Sloclap Kini di Konsol & PC!

June 20, 2025
Next Post
Selami Dunia Demon Slayer! Pengalaman Santai di Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition!

Selami Dunia Demon Slayer! Pengalaman Santai di Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd