Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

E3 2019 Nintendo: Trailer Luigi’s Mansion 3 mengesahkan Co-op dan pelbagai skill baru!

Sebuah pengembaraan baru di hotel berhantu.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
E3 2019 Nintendo: Trailer Luigi’s Mansion 3 mengesahkan Co-op dan pelbagai skill baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu daripada game pertama yang ditayangkan oleh Nintendo di E3 2918 ialah Luigi’s Mansion 3 dan mereka telah mengeluarkan satu trailer baru yang menunjukkan pelbagai feature gameplay.

Menggunakan Poltergust G-00 di Luigi’s Mansion 3, Luigi berkemampuan untuk melawan Ghost, Suction Shot kepada objek di persekitaran sekeliling, menggunakan serangan Burst untuk menghalau Ghost apabila dikepung, dan macam-macam lagi. Luigi juga boleh cipta versi dirinya sendiri dipanggil Gooigi yang juga mempunyai kebolehan istimewa seperti kebolehan untuk merentas pagar besi dan berjalan melalui perangkap spike. Pemain boleh bermain antara Luigi atau Gooigi untuk menyelesaikan puzzle atau mengajak kawan untuk sesi couch co-op. 

Selain daripada itu, Luigi’s Mansion 3 membawa kembali mode kegemaran ramai ScareScraper yang mula diperkenalkan di Luigi’s Mansion: Dark Moon di 3DS. Pemain boleh bermain di ScareScraper secara local atau onlin3, bekerjasama bersama rakan untuk menyelesaikan pelbagai puzzle dan mengalahkan Ghost.

Satu perkara sahaja yang tiada di trailer Luigi’s Mansion 3 iaitu sebuah tarikh keluaran rasmi. Buat masa ini, pemilik Nintendo Switch harus sabar dan menunggu Nintendo untuk mengumumkan tarikh keluaran rasmi. Perkara baik adalah kita boleh mengesahkan bahawa Luigi’s Mansion 3 masih akan dikeluarkan pada tahun ini dan tidak ditangguhkan.

Luigi’s Mansion 3 akan launch pada tahun 2019 untuk pelantar Nintendo Switch.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ConsoleE3 2019Luigi's Mansion 3Nintendo directnintendo switch
Previous Post

E3 2019 Nintendo: Trials of Mana membawa Seiken Densetsu 3 keluar daripada Jepun buat kali pertama!

Next Post

E3 2019 Nintendo: Lihat Yoshi dan Knuckles ber-karate di Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
E3 2019 Nintendo: Lihat Yoshi dan Knuckles ber-karate di Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020!

E3 2019 Nintendo: Lihat Yoshi dan Knuckles ber-karate di Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd