Pada 25 Mac 2025, Dreamhaven Showcase yang dikendalikan oleh Geoff Keighley dan dibawakan oleh The Game Awards mencuri tumpuan dengan 30 minit penuh pengumuman menarik.
Acara ini, yang diterajui oleh Dreamhaven—syarikat yang diasaskan oleh bekas presiden Blizzard, Mike Morhaime—menampilkan pendedahan eksklusif dan maklumat terbaru daripada studio serta rakan kongsi mereka, menunjukkan visi mereka dalam mencipta pengalaman gaming yang berpusatkan pemain. Berikut adalah sorotan utama acara tersebut.
Wildgate: Aksi Kacau-Bilau dengan Sentuhan Komedi di Angkasa
Moonshot Games memperkenalkan Wildgate, sebuah first-person shooter berasaskan kru yang akan dilancarkan pada 2025 untuk Steam, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S. Berlatarbelakangkan dunia sci-fi Typhon Reach, anda akan menjadi seorang Prospector dalam skuad empat orang (sehingga 20 pemain dalam satu perlawanan), berlumba dengan pasukan lain untuk mendapatkan Artifact berharga.
Dengan peta yang dijana secara rawak—daripada asteroid hingga runtuhan makhluk asing—setiap perlawanan membawa cabaran berbeza. Aksi beralih antara pertempuran kapal angkasa dan pertempuran di darat, membolehkan anda menembak jatuh kapal musuh sebelum turun beraksi dengan senjata seperti plasma rifle dan gravity grenade. Ujian komuniti akan berlangsung dari 10 hingga 14 April, jadi bersiap sedia untuk menyertai!
Sunderfolk: Strategi Tabletop dengan Sentuhan Santai
Secret Door mengesahkan bahawa Sunderfolk akan dilancarkan pada 23 April 2025 untuk Steam, PS5, Xbox Series X|S, dan Nintendo Switch. RPG co-op tactical ini diinspirasikan daripada Dungeons & Dragons dan Gloomhaven, membolehkan anda dan hingga tiga rakan mengawal enam wira haiwan—daripada beruang Berserker hingga musang Rogue—dalam usaha mempertahankan Arden daripada ancaman Shadowstone.
Keunikan game ini terletak pada kawalannya, di mana pemain boleh menggunakan telefon pintar sebagai controller melalui aplikasi percuma. Dengan sistem turn-based combat berbasis heksagon yang tidak terikat kepada giliran tetap, anda boleh menyusun strategi dengan lebih fleksibel. Terokai dunia Sunderlands, tingkatkan kampung Arden, dan bina hubungan dengan NPC untuk memperoleh ganjaran antara misi. Demo percuma kini tersedia di NVIDIA GeForce NOW sehingga 7 April—peluang terbaik untuk mencuba lebih awal!
Lynked: Banner of the Spark – Versi Penuh Akan Tiba
FuzzyBot mengumumkan bahawa Lynked: Banner of the Spark akan mencapai versi 1.0 pada 22 Mei 2025, menamatkan fasa Early Access di Steam dan turut tersedia untuk PS5 serta Xbox Series X|S. Tajuk aksi RPG ini menggabungkan elemen roguelike dengan town-building dalam dunia Shatterscape, di mana anda memainkan watak Spark—pahlawan elemental—yang perlu membina semula Hope’s Pyre.
Terokai rift rawak, hadapi Riftspawn serta bos VoidSpyre baharu, dan gunakan hasil rampasan untuk membangunkan bandar yang makmur. Update kali ini memperkenalkan lima bab baharu, 40 misi, dan pengakhiran cerita yang dinanti-nantikan. Sama ada bermain secara solo atau bersama rakan, game ini pasti memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Mechabellum: Kini di Bawah Dreamhaven
Dreamhaven kini mengambil alih Mechabellum, game auto-battler mecha dari Game River yang telah berada di Steam sejak September 2023. Versi Premium Edition akan diperkenalkan dengan skin watak dan emote eksklusif, manakala sesi free-play weekend akan bermula pada 4 April, disertai dengan diskaun 20%. Pengumuman ini menjadi pelengkap kepada barisan pelancaran menarik dalam Dreamhaven Showcase 2025.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post