Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon’s Dogma 2: Kenali Sphinx, Raksasa yang Suka Pada Teka Teki!

Maira by Maira
January 12, 2024
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Dragon’s Dogma 2: Kenali Sphinx, Raksasa yang Suka Pada Teka Teki!

Sumber: Capcom

Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah memperkenalkan Sphinx, musuh tersembunyi yang bakal muncul dalam Dragon’s Dogma 2. Perkara ini didedahkan melalui temu ramah dengan IGN. Sphinx bukanlah sesuatu yang baru buat pemain Dragon’s Dogma Online tetapi buat mereka yang baru masuk ke dunia ini, sudah pasti terkejut dengan kehadirannya nanti.

Bersama-sama dengan showcase game, IGN mengadakan temu bual mendalam dengan Game Director Hideaki Itsuno dan Lead Game Designer Kento Kinoshita, yang menyatakan bahawa Sphinx, sama seperti inspirasi mitologinya, akan meminta pemain teka-teki untuk diselesaikan. Sphinx mempunyai lima peti harta karun, setiap satu terikat dengan teka-teki tertentu yang anda perlu selesaikan sebelum dapat menuntut kandungannya.

“Saya mahu pemain menyelesaikan teka-teki Sphinx, tetapi melalui aksi, kerana ini adalah game aksi,” kata Hideaki Itsuno.

Seperti yang ditunjukkan dalam video IGN First, anda akan masuk ke sebuah gua berbahaya untuk mendapatkan item tertentu. Untuk mendapatkannya anda perlulah memenuhi syarat teka-teki tersebut. Walaupun begitu, anda hanya satu peluang sahaja untuk setiap teka teki itu. Kalau anda tidak berjaya, memang anda tidak dapat ganjaran tersebut.

Sumber: Capcom

Sudah tentu anda ada cara lain untuk mendapatkannya, iaitu berlawan dengan Sphinx. Walaupun begitu, ia bukan sesuatu yang mudah kerana Sphinx mempunyai helah lain yang tersembunyi. Kalau anda terjumpanya apabila bermain Dragon’s Dogma 2 nanti, cuba sebaik mungkin untuk selesaikan teka tekinya itu.

Untuk mendapatkan segala berita mengenai Dragon’s Dogma 2 daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon's DogmaDragon's Dogma 2Sphinx
ShareTweetSend
Previous Post

Demo Granblue Fantasy: Relink Kini Tersedia di PlayStation 5 & PlayStation 4!

Next Post

Call of Duty: Warzone Mobile Limited Release Dilepaskan di Malaysia! Download Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Call of Duty: Warzone Mobile Limited Release Dilepaskan di Malaysia! Download Sekarang!

Call of Duty: Warzone Mobile Limited Release Dilepaskan di Malaysia! Download Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd