Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest Treasures menampilkan Erik dari Dragon Quest XI!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2021
in Artikel, Berita, JPRG, Livestream
0 0
0
Dragon Quest Treasures menampilkan Erik dari Dragon Quest XI!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu permainan yang diumumkan semasa siaran langsung Ulang Tahun ke-35 Dragon Quest adalah Dragon Quest Treasures yang dibintangi oleh Erik dan adiknya Mia dari Dragon Quest XI. Permainan ini akan menampilkan mereka berdua semasa zaman kanak-kanak. Walaupun dijangka akan keluar secara serentak di seluruh dunia, tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.

Dalam trailer di atas, Erik dan Mia (yang lebih muda) ditunjukkan sedang bekerja sama bersama beberapa raksasa. Sambil memegang pisau belati istimewa, masing-masing dapat menggunakan raksasa untuk melancarkan kebolehan istimewa. Tujuan utama mereka adalah untuk mencari sejenis “harta karun“. Berikut adalah mesej dari producer Taichi Inuzuka:

“Anda mungkin pernah melihat kami menunjukkan reka bentuk untuk Erik dan Mia sebagai kanak-kanak, dan selepas beberapa perubahan, mereka kini menjadi watak utama untuk ‘Treasures’.

Saya tidak dapat mendedahkan terlalu banyak mengenai permainan pada masa ini, tetapi saya dapat memberitahu anda tentang beberapa tema penting: ‘zaman kanak-kanak Erik dan Mia, dan ‘mencari harta karun’.

Ia adalah RPG, tetapi tidak sama seperti yang tradisional, dan hanya itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa sekarang.”

Erik adalah salah seorang watak terkenal dalam Dragon Quest XI dan merupakan ahli pertama yang menyertai watak utama dalam pengembaraannya. Dragon Quest Treasures kini dalam pembangunan dan akan dilancarkan serentak di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, di platform apa yang ia akan keluar tidak diumumkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon QuestDragon Quest TreasuresErikmiasquare enixTaichi Inuzuka
Previous Post

Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint Percuma untuk dimainkan hujung minggu ini!

Next Post

BlizzCon 2021 dibatalkan oleh Blizzard atas masalah pandemik yang makin teruk!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
BlizzCon 2021 dibatalkan oleh Blizzard atas masalah pandemik yang makin teruk!

BlizzCon 2021 dibatalkan oleh Blizzard atas masalah pandemik yang makin teruk!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd