Hari ini, Bandai Namco dan CyberConnect2 mengumumkan bahawa DLC baru Dragon Ball Z: Kakarot “-Bardock- Alone Against Fate” rasmi akan dilancarkan pada 13 Januari 2023 bersama pelancaran versi PlayStation 5 dan Xbox Series.
Nasib baik, Bandai Namco bermurah hati memberi info baru serta mengeluarkan trailer penuh aksi berdurasi hampir 5 minit untuk kandungan akan datang. Berikut adalah videonya:
Video di atas bertajuk “Battle for Planet Vegeta,” dan menunjukkan Bardock melawan askar-askar Frieza Force di angkasa lepas. Bagi mereka yang tidak tahu, Planet Vegeta ialah lokasi yang penting dan merupakan planet asal kepada Goku, Vegeta, dan semua kaum Saiyan. Adegan di atas mungkin adalah pertempuran terakhir sebelum planet dihancurkan oleh Frieza.
Sebelum ini, Bandai Namco mempamerkan visual dan pertempuran di Planet Kanassa, salah satu lokasi yang dilawat oleh Bardock semasa menjalakan misi. Untuk info penuh tentang bahagian ini, korang boleh baca artikel ini.
Berbeza daripada Xenoverse, DBZ Kakarot cuba mereplikasikan peristiwa di dalam manga/anime dalam cara paling tulen mungkin jadi kebanyakan aksi yang berlaku di dalam game diilhamkan oleh sumber original. Memandangkan kisah Bardock tidak banyak diketahui, ini memberi cara yang interaktif untuk peminat mengalami kisah hidup ayah Goku.

“-Bardock- Alone Against Fate” merupakan DLC pertama daripada tiga DLC dalam rancangan untuk Dragon Ball Z: Kakarot Season Pass 2. Buat masa ini, kita tidak tahu apakah isi kandungan DLC berikutnya, tetapi ramai peminat membuat spekulasi studio akhirnya akan menyentuh kisah Dragon Ball Super (sambungan kepada Z).
DLC Bardock – Alone Against Fate akan dilancarkan pada 13 Januari bersama Dragon Ball Z: Kakarot versi PlayStation 5 dan Xbox Series.
@gamersantaimy
Discussion about this post