Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Super: Pertarungan Goku & Moro akhirnya tamat dengan bantuan Susanoo?!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 22, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Tinjauan & analisis
0 0
0
Dragon Ball Super: Pertarungan Goku & Moro akhirnya tamat dengan bantuan Susanoo?!

Sumber - Renan Roque

Share on FacebookShare on Twitter

Dragon Ball Super akhirnya menamatkan pertarungan bersama “Planet Eater Moro” di bab terbaru, di mana Galactic Patrol Prisoner arc menjadi salah satu jalan cerita terpanjang di sejarah Dragon Ball Super kerana penambahan beberapa elemen baru. Dengan sikap belas kasihan yang saya rasa amat-amat bodoh sekali, Goku memberi peluang kepada Moro untuk bergabung dengan Bumi. Perbuatan ini merisikokan seluruh alam semesta kerana Moro yang menyerap kuasa Bumi akan meletup pada bila-bila masa.

Bab 66 menyambung pertarungan ini dan kita boleh melihat Goku menghadapi masa sukar melawan Moro walaupun mempunyai kelebihan Ultra Instinct-nya. Whis dan Beerus terpaksa meninggalkan medan pertempuran ketika mereka berdua dipanggil oleh Grand Priest (setelah kematian Merus), dan dengan demikian, nasib Goku dan Bumi berada dalam risiko yang lebih. Nasib baiklah, Vegeta datang sekali lagi dan mula menumbuk Bumi dalam usaha untuk mengurangkan kekuatan Moro sebanyak mungkin dengan abiliti Forced Spirit Fission.

Ketika Moro berterusan menyedut kuasa Bumi, Goku cuba memecahkan permata di dahi Moro kerana ia boleh membebaskan kuasa Merus daripada kawalan Moro. Namun, Goku ditangkap sebelum dapat pecahkan permata itu, dan mula kehilangan kuasa. Untuk membantu Goku, Vegeta mengumpulkan ki semua Z Fighter dan rakan-rakan lain.

Walaupun menerima ki mereka, kuasa Goku hanya cukup untuk berubah ke Super Saiyan Blue sehinggalah sejumlah besar Ki tiba daripada Uub (yang telah dihubungi oleh Grand Supreme Kai berkat pertolongan Jaco). Dengan kuasa tambahan ini, Goku dapat mencapai bentuk Ultra Instinct sekali lagi. Cuma kali ini dia menyeru Goku versi gergasi (macam Susanoo daripada siri Naruto dah saya tengok) untuk melepaskan diri daripada cengkaman Moro.

Goku akhirnya berjaya memecahkan permata itu lalu mengalahkan Moro untuk menandakan penamat pertarungan. Story arc berakhir dengan cara yang tidak dijangka, tetapi apa pendapat anda? Adakah Goku sudah layak digelar sebagai wira terhebat di alam semesta? Apakah yang akan terjadi kepadanya selepas ini? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Sumber – Shueisha

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Ball SupergokumangaMoro
Previous Post

Boruto: Penampilan rasmi Baryon Mode milik Naruto & kesannya!

Next Post

Ulasan Razer Kraken BT Kitty Edition – Untuk peminat yang ingin penampilan comel ala-ala meow-moew!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Berita

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

June 5, 2025
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Next Post
Ulasan Razer Kraken BT Kitty Edition – Untuk peminat yang ingin penampilan comel ala-ala meow-moew!

Ulasan Razer Kraken BT Kitty Edition - Untuk peminat yang ingin penampilan comel ala-ala meow-moew!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd