Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Age: The Veilguard Rasmi Akan Datang Pada 31 Oktober

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 16, 2024
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Age: The Veilguard Rasmi Akan Datang Pada 31 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Electronic Arts dan BioWare mengumumkan bahawa Dragon Age: The Veilguard akan dilancarkan secara global pada 31 Oktober 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam, EA App dan Epic Games Store.

Selain itu, peminat kini boleh pre-order Edisi Standard dan Deluxe untuk menerima kosmetik in-game yang boleh digunakan untuk memperibadikan lagi perjalanan mereka melalui bab seterusnya dalam saga Dragon Age.

Bersama pengumuman ini, EA turut memuat naik video baharu yang anda boleh tonton di bawah:

Dalam Dragon Age: The Veilguard , pemain akan berperanan sebagai Rook, protagonis boleh diubahsuai sepenuhnya yang harus bangkit, menyatukan kru dan menjadi hero yang diperlukan oleh benua Thedas.

Bakal menemani Rook dalam perjuangannya untuk menentang dewa-dewa Elven yang jahat ialah tujuh sahabat yang menarik, masing-masing berasal dari faction ikonik dari kisah Dragon Age.

Selain jalan cerita dan motivasi peribadi sendiri, Bellara, Davrin, Emmrich, Harding, Lucanis, Neve dan Taash semuanya membawa abiliti dan peralatan yang unik ke dalam pertempuran, di mana Rook mesti manfaatkan secara strategik dalam perjuangan mereka untuk masa depan Thedas.

Kredit: Electronic Arts

Sebagai RPG yang dipacu naratif, Dragon Age: The Veilguard menawarkan pengalaman yang direka daripada penceritaan yang kaya dan pembinaan dunia fantasi yang membuatkan francais itu terkenal.

Dalam pengembaraan berani dan heroik ini, pemain akan mengalami cerita yang luas dan dinamik yang merangkumi elemen cinta, kehilangan dan pilihan kompleks yang mempengaruhi hubungan dan nasib setiap ahli Veilguard.

Mengikut formula ikonik Dragon Age, hubungan ini adalah asas-asas kepada perjalanan Rook, dan terpulang kepada pemain untuk menentukan bagaimana kisah mereka terungkap.

Kredit: Electronic Arts

Mereka yang pre-order Edisi Standard Dragon Age: The Veilguard di PlayStation 5 dan Xbox Series X|S, atau PC akan menerima set kosmetik Blood Dragon Armor untuk kelas Warrior, Mage dan Rogue.

Mereka yang membuat pre-order Edisi Deluxe pada konsol atau  pada PC akan menerima kosmetik berikut: tiga set perisai Rook, enam senjata Rook, tujuh set perisai dan senjata bagi sahabat.

Kredit: Electronic Arts
Kredit: Electronic Arts
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Age: The Veilguard
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami Di ‘Animation Jujutsu Kaisen Exhibition Malaysia!’

Next Post

Game Mobile ‘Harvest Moon: Home Sweet Home’ Akan Tiba 23 Ogos

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Game Mobile ‘Harvest Moon: Home Sweet Home’ Akan Tiba 23 Ogos

Game Mobile 'Harvest Moon: Home Sweet Home' Akan Tiba 23 Ogos

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd