Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dr Disrespect diban terus dari Twitch?! Tetapi masih tidak tahu sebabnya!!!

Dr Disrespect dah bagitahu Pernyataan Pertama mengenai Ban ni~ Tapi Twitch masih berdiam diri~

Nyny.A by Nyny.A
June 29, 2020
in Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
Dr Disrespect diban terus dari Twitch?! Tetapi masih tidak tahu sebabnya!!!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja berlaku tidak sampai sehari, streamer terkenal Guy “Dr Disrespect” Beahm telah mengongsikan kenyataan mengenai isu dirinya telah diban terus dari Twitch yang merupakan saluran streaming terkenal. Dr Disrespect nampaknya betul-betul “tidak direspect” oleh Twitch lansung apabila diban tanpa sebarang kenyataan rasmi. Dia telah mengongsikan di Twitternya mendedahkan platform penstriman tersebut masih belum memberitahunya mengapa dia dilarang membuat kandungan di platform tersebut. Tweet kepada pengikutnya – yang disebutnya sebagai “Champions Club,” dalam tweet, Beahm mendedahkan dia tidak menyedari alasan dia diban.

Champions Club,

Twitch has not notified me on the specific reason behind their decision… Firm handshakes to all for the support during this difficult time.

-Dr Disrespect

— Dr Disrespect (@DrDisrespect) June 28, 2020

“Champions Club, Twitch belum memberitahu saya mengenai alasan khusus di sebalik keputusan mereka … Terima kasih pada sokongan selama masa sukar ini. – Dr Disrespect

Kenyataan Dr Disrespect muncul beberapa jam selepas isterinya mengeluarkan kenyataan yang serupa di profil Instagramnya pada Sabtu pagi.

DrDisrespect's wife has shared a message on Instagram. (Image posted in Docs Discord, shared by one of his mods). pic.twitter.com/YAq9VWXFua

— Zach Bussey (@zachbussey) June 27, 2020

“Segala curahan cinta, sokongan, kekuatan dan kebaikan dari arena benar-benar luar biasa, Anda semua telah membuat hati saya penuh dan saya tidak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasih. Tidak ada yang lebih baik di luar sana daripada CC. Anda semua luar biasa!

Sejak berita mengenai ban itu pertama kali tersebar pada hari Jumaat petang, penyebab ban masih belum dinyatakan. Twitch hanya mengeluarkan pernyataan pendek sebagai penjelasan, dengan menyebut streamer tersebut gagal mematuhi Garis Panduan Komuniti syarikat.

“Seperti proses kami, kami mengambil tindakan yang tepat ketika kami memiliki bukti bahwa streamer telah bertindak melanggar Pedoman Komuniti atau Syarat Layanan kami,” kata Twitch. “Ini berlaku untuk semua streamer tanpa mengira status atau keunggulan dalam masyarakat.”

Dr Disrespect pernah diban untuk sementara waktu dari Twitch pada musim panas lalu setelah melakukan live stream dari tandas di acara E3. Mungkin dalam masa terdekat kita akan tahu kenapa dia diban terus oleh Twitch dan semestinya semua yang maklumat yang dikumpulkan adalah fakta lengkap kenapa dia perlu diban. Mungkin ada sebab juga kenapa alasan diban terus ini masih perlu dirahsiakan. Satu-satunya fakta yang ada sekarang ialah Dr Disrespect telah hilang dari Twitch; Twitch dan Beahm tidak menyatakan mengapa sebabnya dan ramai peminat yang ingin ketahui mengenainya.

Sumber: Gamesradar

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Champions Clubdr disrespectDr Disrespect banTwitchTwitch Ban
Previous Post

Anime Boruto kembali 5 Jun dengan Kara arc!

Next Post

Ulasan Hearthstone: Battlegrounds! Satu lagi inovasi ‘auto-chess’ yang lebih kreatif!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Ulasan Hearthstone: Battlegrounds! Satu lagi inovasi ‘auto-chess’ yang lebih kreatif!

Ulasan Hearthstone: Battlegrounds! Satu lagi inovasi 'auto-chess' yang lebih kreatif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd