Watak-watak Doraemon direka semula dengan tepat, dan memberi sentuhan yang unik pada formula Story of the Season. Permainan ini perlahan pada permulaan dan membuang beberapa ciri-ciri Story of Seasons, seperti bercinta kerana crossover tersebut, tetapi peminat anime secara khususnya boleh menikmati pengalaman ini.
Jalan Cerita yang Sesuai untuk Semua Umur!
Sebagai seseorang yang sukakan anime, saya tertarik dengan watak-watak, terutamanya Doraemon sendiri. Pengenalan permainan ini adalah berat untuk elemen RPG dan ia tersangatlah panjang. Anda tidak dapat melihat ladang anda sehinggalah hampir sejam dan dalam masa yang sama semua kawan anda dalam permainan telah pun mendapat pekerjaan termasuk Doraemon sebelum anda (watak anda) teringat bahawa dia mempunyai ladang lain yang boleh membantu anda.
Untuk bersikap adil, permainan ini memperkenalkan konsep satu demi satu dan membantu anda memahami unsur-unsur yang berbeza dari ciri-cirinya. Bagi pemain muda terutamanya, ini adalah cara yang baik untuk perlahan-lahan membina apa yang berakhir dengan pertanian, pengumpulan dan mekanisme penerokaan yang mendalam.
Meneroka Setiap Pelusuk Dunia untuk Buka Lebih Banyak Permainan!
Permainan ini bukan hanya memberi tumpuan kepada pertanian, tetapi juga pada eksplorasi, mengumpul, dan interaksi. Sebahagian besar naratifnya melibatkan mengenali penduduk tempatan, menjelajah kawasan, dan mencari barang yang boleh dijual.
Terdapat beberapa kawasan berbeza untuk ditemui, dengan peta asas yang memberitahu anda bagaimana ia menyambung bersama. Buka kawasan ini, belajar rahsia mereka, dan berinteraksi bersama penduduk adalah penting untuk membuka lebih banyak ciri permainan.
Sebagai contoh, pada awal permainan, anda boleh melawat dan berinteraksi dengan penebang pokok. Dia akan memberikan kerusi secara percuma. Dia juga akan mengajar tentang cara meletakkan kerusi di lantai, sekiranya anda inginkan.
Apabila ini selesai, menyusun dan membuat perabot akan dibuka. Format yang sama kemudian diulangi untuk unsur-unsur permainan lain termasuk memancing, memelihara ternakan, dan juga perlombongan. Ia adalah cara yang baik untuk memperkenalkan aspek permainan baru, dan jika anda tidak pernah melawat seseorang dengan ciri baru untuk dibuka, mereka akan muncul ke ladang anda dan meminta anda untuk melawat mereka.
Mekanik Permainan yang mudah untuk Belajar!
Terdapat banyak kawasan untuk diterokai dalam permainan ini, tetapi ia secara semulajadi membimbing anda melalui beberapa perkara, menjadikannya pilihan yang tepat untuk terutamanya pemain muda.
Ciri permainan ini memaparkan bercucuk tanam, menternak, mengumpul bahan-bahan dan festival bandar, manakala permainan kemudian juga termasuk misi pencarian. Seperti yang dijangkakan, terdapat in-game store secara rawak untuk membeli bekalan dari orang yang ditemu dan terlibat, serta tugas harian untuk menyelesaikan dan memastikan ladang anda berjalan.
Peta bersaiz biasa dan mekanik yang semakin rumit akan menjadi minat anda, dengan andaian anda bermain cukup lama untuk unlock mereka semua. Dari masa ke masa, ciri-ciri ini akan termasuk keupayaan untuk membersihkan, menghias, dan secara amnya menyesuaikan ladang anda dan rumah/bangunannya, menjadikannya benar-benar merasa seperti milik anda sendiri.
Perbezaan utama dalam game ini adalah kemasukan watak Doraemon dan penekanan yang lebih berat terhadap interaksi watak, perkembangan cerita dan hubungan di luar percintaan. Unsur-unsur romantik nampaknya telah dihapuskan dari game ini, yang saya percaya adalah berpegang teguh kepada alur cerita Doraemon sejak watak anda dengan jelas mencintai Shizuka, yang nampaknya hanya difriendzone~
Kesimpulannya?
Visual permainan adalah salah satu fokus utama dalam game. Dilukis dengan lawa, setiap adegan berasa seperti pemain dibawa ke dalam dunia anime. Setiap bahagian cerita itu menaikkan unsur RPG dan menambah keseluruhan naratif tentang bandar ganjil ini.
Game ini pasti menarik minat peminat Story of Seasons dan Doraemon. Ia menawarkan pelbagai tugas yang perlu dilakukan dan orang ramai untuk bertemu, jadi anda suka layan game yang santai dan memberi fokus kepada jalan cerita, maka ini adalah permainan yang paling sesuai untuk kamu! Doraemon: Story of Seasons boleh didapati sekarang di PC melalui Steam (RM119) dan Nintendo Switch.

@gamersantaimy
The Review
Doraemon: Story of Seasons
Jika anda suka layan game yang santai dan memberi fokus kepada jalan cerita, maka ini adalah permainan yang paling sesuai untuk kamu!
Discussion about this post