Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Doraemon: Story of Seasons akan dikeluarkan di PS4 untuk Asia pada 30 Julai 2020!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2020 - Updated on December 29, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam
0 0
0
Doraemon: Story of Seasons akan dikeluarkan di PS4 untuk Asia pada 30 Julai 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda semua ingat lagi kan isu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggunakan DORAEMON sebagai contoh suara si isteri dalam kempen Wanita Cegah COVID-19? Hari ini, ada berita lagi tentang kucing biru ini kerana Bandai Namco dan Marvelous mengumumkan bahawa Doraemon: Story of Seasons, yang kini tersedia di Switch dan PC, akan dilancarkan untuk PS4 di Asia pada bulan Julai ini.

Game ini dibangunkan oleh Brownies dan mula-mula dilancarkan untuk Nintendo Switch pada bulan Jun 2019. Ia diikuti dengan pelepasan PC di Steam pada bulan Oktober 2019. Berikut adalah beberapa petikan oleh Kenji Nakajima daripada Bandai Namco tentang keluaran Doraemon: Story of Seasons ke PS4:

“Kami mendengar bahawa ramai orang juga ingin bermain di PS4, jadi kami memulakan pembangunan selepas pelancaran awal di seluruh dunia.”

“Kami juga mempertimbangkan kemas kini percuma untuk versi PS4 dan Switch.”

Hikaru Nakano daripada Marvelous menambah:

“Kami sedang berusaha keras untuk menghasilkan kisah selepas Story of Seasons: Friends of Mineral Town.”

Akhir sekali, Shohei Yamashita daripada Brownies berkata:

“Kami menemui beberapa rintangan apabila mengadaptasi permainan kepada perkakasan yang berbeza, tetapi rintangan besar, semu telah kami atasi.”

Bonus Hari Pertama

Bonus Hari Pertama adalah kod produk yang membolehkan anda mendapatkan item dalam permainan untuk pemain mengubah suai rumah mereka seperti “Noby’s Room Set“, dan “Special Seed Set” yang mengandungi 20 unit daripada 8 jenis tanaman berbeza.

Barangan dalam “Noby’s Room Set“:

  • Futon Noby
  • Meja Noby
  • Kerusi Noby
  • Rak buku Noby
  • Lantai Bilik Noby
  • Dinding Bilik Noby

Barangan dalam “Special Seeds Set“:

  • Benih Strawberry
  • Benih Kacang Hijau
  • Benih Kentang
  • Benih Jagung
  • Benih Tomato
  • Benih Terung
  • Benih Lada
  • Benih Kubis

Doraemon: Story of Seasons kini tersedia di seluruh dunia untuk Nintendo Switch dan PC manakala versi PlayStation 4 akan dilancarkan pada 30 Julai 2020. Untuk segala info tentang francais Doraemon, sila klik di sini. Untuk lihat gameplay kami, tonton video di bawah:

Muat turun di sini
Doraemon Story of Seasons
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Release Date: 2019-06-13
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4
Doraemon Story of Seasons adalah permainan video simulasi pertanian untuk Nintendo Switch dan Microsoft Windows yang merupakan crossover siri permainan video Story of Seasons dan francais Doraemon. Permainan ini dikembangkan oleh Brownies and Marvelous dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDoraemonDoraemon: Story of SeasonsPS4
Previous Post

Predator menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai Cabaran Amal!

Next Post

Permainan seram survival Monstrum akan memburu anda pada 22 Mei ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Permainan seram survival Monstrum akan memburu anda pada 22 Mei ini!

Permainan seram survival Monstrum akan memburu anda pada 22 Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd