Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC Two Point Campus: Medical School akan tiba 17 Ogos, khas untuk penggemar game simulator!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 4, 2023
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC Two Point Campus: Medical School akan tiba 17 Ogos, khas untuk penggemar game simulator!
Share on FacebookShare on Twitter

Two Point Studios Limited dan SEGA Europe Limited hari ini telah mendedahkan Two Point Campus: Medical School, DLC besar seterusnya untuk game pengurusan universiti popular Two Point Campus, yang bakal tiba pada 17 Ogos di semua platform. Diinspirasikan oleh game Two Point Hospital original, DLC ini akan menambah sejumlah level baru, mekanik gameplay baharu, dan banyak penyakit lain untuk dirawat.

Anda boleh menonton trailer rasmi di bawah untuk gambaran umum:

Pemain akan memulakan perjalanan pendidikan mereka di Lake Tumble yang indah, di mana mereka akan bertemu Vitality Johnson, pakar paramedik di Two Point County. Tidak lama kemudian, anda akan dihantar ke Molten Rock, di mana gunung berapi purba membuatkan ramai pelawat dan kakitangan hospital sakit. Pada masa yang sama, kita perlu berurusan dengan Dr. Briney Seadog dan kumpulan kroninya yang jahat serta bersemuka sekali lagi dengan watak ikonik, Bartholomew F. Yeti.

Kredit: SEGA Asia

Untuk DLC ini, mereka telah menambah doktor dan jururawat sebagai jenis pelajar baharu, enam jenis bilik baharu dan lebih 60 item baharu untuk membantu anda mendiagnosis dan menyembuhkan pesakit. Untuk lokasi, anda boleh melawat Head Clinic, Psychiatry, Surgery, Injection Room, Thumping Therapy, dan Ward.

Two Point Campus: Medical School turut akan memperkenalkan cabaran baharu untuk pelajar dan mentor mereka untuk diatasi. Jika kesihatan pesakit bertambah teruk dan mati, mereka mungkin akan kembali sebagai hantu untuk menghantui ruang dewan. Pada yang sama sama; jika anda meninggalkan mesin perubatan berjalan tanpa dipantau, risiko seluruh bangunan untuk dibakar amat tinggi. Akhir sekali, jumlah pesakit mungkin akan tiba-tiba bertambah secara drastik semasa kecemasan, jadi pemain harus bijak menguruskan semua orang sambil menyelamatkan nyawa masing-masing.

Kredit: SEGA Asia
Kredit: SEGA Asia
Kredit: SEGA Asia

Jika berminat, pemain boleh prapesan Two Point Campus: Medical School sekarang! Buat masa terhad, Two Point Campus juga sedang meraikan ulang tahun pertama dengan diskaun besar; anda boleh mendapatkan Two Point Campus dengan diskaun 50% di Steam hingga 11 Ogos, diskaun 33% untuk PlayStation 4 / PlayStation 5 hingga 16 Ogos, dan pada Xbox Series X|S hingga 8 Ogos.

DLC Medical School juga mendapat potongan diskaun 10% dari 3 Ogos hingga 24 Ogos di Steam dan Xbox Series X|S. Medical School versi Nintendo Switch dan PlayStation 4 / PlayStation 5 akan menampilkan diskaun awal sebanyak 10% dari 17 Ogos hingga 24 Ogos.

Untuk review lengkap tentang Two Point Campus, sila baca artikel kami di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCTwo Point CampusTwo Point Campus: Medical School
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Apex Legends Season 18: Resurrection – Revenant rework, Charge Rifle berubah & banyak lagi!

Next Post

Game “MONOPOLY” Bakal Hadir dengan Filem Live Action oleh Lionsgate!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Game “MONOPOLY” Bakal Hadir dengan Filem Live Action oleh Lionsgate!

Game "MONOPOLY" Bakal Hadir dengan Filem Live Action oleh Lionsgate!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd