Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC The Ascent, Cyber Heist akan tiba pada 18 Ogos 2022 di Steam & Xbox

safwan by safwan
August 4, 2022
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, PC, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC The Ascent, Cyber Heist akan tiba pada 18 Ogos 2022 di Steam & Xbox
Share on FacebookShare on Twitter

Dibangunkan oleh Neon Giant, The Ascent akan menerima DLC baru iaitu Cyber-Heist yang akan tiba pada 18 Ogos 2022. Game ini merupakan game Cyberpunk action-shooter RPG yang telah dikeluarkan pada 29 Julai 2021 di Xbox One, Xbox Series X|S, Xbox Game Pass dan PC melalui Steam.  

Tentang The Ascent: Cyber Heist

Jalan penceritaan DLC ini akan berlaku selepas cerita utama selesai. Ia boleh diakses oleh semua pemain yang telah menghabiskan kempen utama. Ia boleh dimainkan secara solo dan co-op bersama kawan dalam menyelesaikan misi dan banyak lagi. Bukan itu sahaja yang ada pada DLC baru ini, anda juga akan menjumpai pelbagai senjata baru semasa mengembara.

Dalam Cyber Heist, bekas majikan anda -Kira, mempunyai misi rahsia baharu. Terokai dunia luar arkeologi biasa anda dan pergi ke lokasi serba baharu yang dimiliki oleh kumpulan Malhorst-Gelb. Beberapa teknologi canggih boleh dicuri, tetapi kita harus bersaing dengan beberapa kumpulan lain untuk mendapatkan ganjaran tersebut.

Ciri-ciri utama DLC:

Teruskan cerita – Solo atau dalam Co-op: The Ascent: Cyber Heist boleh diakses setelah anda menyelesaikan kempen base game. Bawa rakan anda bersama untuk mengambil kontrak baharu yang mencabar ini. Selagi anda (sebagai tuan rumah) telah melengkapkan kempen utama, skuad anda boleh menyertai dan membantu!

Senjata baru: Bereksperimen dengan senjata serba baharu, termasuk senjata Melee yang membuat kemunculan kali pertama dalam The Ascent. Sekarang anda boleh mendekati musuh dengan senjata Rock Crusher dan Guillotine!

Lokasi Overworld baru: Temui dan terokai arkeologi baharu yang dimiliki oleh kumpulan Malhorst-Gelb dengan lokasi dan persekitaran yang menakjubkan.

Misi utama & Sampingan baru: Teruskan kisah The Ascent dengan menyelesaikan misi utama dan sampingan yang mencabar. Temui pelbagai watak baharu seperti Ontario dan Zell di sepanjang jalan, dan melawan musuh unik.

Anda boleh dapatkan DLC The Ascent: Cyber Heist di platform yang tersedia dengan harga $9.99 (anggaran RM 44.54). Ia juga tersedia dengan Cyber Edition yang akan termasuk pakej DLC Cyber Warrior dan Cyber Sec serta DLC Cyber Heist. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

10 Siri Anime dengan Tajuk Paling Panjang! Boleh Jadi Sinopsis Terus!

Next Post

Review Two Point Campus – Bantu tadbir universiti paling pelik di dunia

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review Two Point Campus – Bantu tadbir universiti paling pelik di dunia

Review Two Point Campus - Bantu tadbir universiti paling pelik di dunia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd