Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC Persona 3 Reload ‘Episode Aigis: The Answer’ Akan Lancar Pada 10 September

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2024
in Artikel, Berita, DLC, Microsoft, PC, PC Game Pass, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC Persona 3 Reload ‘Episode Aigis: The Answer’ Akan Lancar Pada 10 September
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui trailer baru, Atlus mengesahkan bahawa DLC ‘Episode Aigis: The Answer‘ untuk ‘Persona 3 Reload Expansion Pass Wave 3‘ sah akan dikeluarkan pada 10 September. Berikut adalah trailernya:

Naratif baharu ini sebenarnya ialah remake kepada epilog asal “The Answer”, tetapi kini menampilkan senario cerita dan dungeon tambahan. Bukan sahaja memfokuskan pada ahli-ahli S.E.E.S, epiloh ini diceritakan dari sudut pandangan Aigis, sebuah android yang dicipta untuk menjadi Anti-Shadow Suppression Weapon.

Kredit: Atlus

Selain tambahan tadi, DLC ini mempunyai grafik canggih, ciri quality-of-life yang dimodenkan, animasi dan user interface baharu, dan muzik yang disusun semula seperti yang dilihat dalam Persona 3 Reload. Bukan itu sahaja, Episode Aigis -The Answer- turut menampilkan perubahan unik seperti ‘Theurgy’ baharu dan ‘field action’ baharu untuk Aigis.

Kredit: Atlus

Berikut adalah sinopsis rasmi menurut Atlus:

“Selepas membongkar misteri Dark Hour, memerangi pertempuran epik melalui Tartarus, dan semua peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam Persona 3 Reload, ahli-ahli S.E.E.S. mendapati diri mereka terperangkap pada hari 31 Mac yang tidak berkesudahan. Apabila android yang tidak dikenali, Metis, tiba-tiba muncul di asrama bersama “Abyss of Time” misteri, pasukan harus bekerjasama untuk mendedahkan kejadian aneh ini..”

“Mengembara melalui Abyss of Time sebagai Aigis, hadapi cabaran baharu, dan bongkar misteri aneh ini dan kebenaran apa yang berlaku pada hari itu…”

Kredit: Atlus

Bagi mereka yang berminat, Persona 3 Reload kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store, serta juga tersedia melalui Xbox Game Pass. Untuk mencuba DLC Episode Aigis: The Answer, pemain perlu mendapatkan Persona 3 Reload Expansion Pass.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCEpisode Aigis: The AnswerPersona 3 Reload
ShareTweetSend
Previous Post

UFL Akan Tiba 12 September – Game Bola Sepak Free-To-Play Baru!

Next Post

Game Seram ‘A Quiet Place: The Road Ahead’ Bakal Keluar 17 Oktober

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran
Berita

Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran

June 2, 2025
Next Post
Game Seram ‘A Quiet Place: The Road Ahead’ Bakal Keluar 17 Oktober

Game Seram 'A Quiet Place: The Road Ahead' Bakal Keluar 17 Oktober

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd