Game eksklusif dari Sony, iaitu Days Gone baru sahaja dikeluarkan hari ini dan para developer sudah pun mengumumkan kandungan percuma untuk pemain pada masa akan datang. Dalam Blog PlayStation, Pengarah game dari Bend Studio itu, Jess Ross mendedahkan yang tetapan kesukaran “Survivor” akan diberikan pada bulan Jun ini dan pemain boleh mengharapkan lebih banyak lagi kemaskini percuma pada setiap minggu berikutnya.
Days Gone has officially launched!
Our team is so excited to share our world and story with you. See you on the Broken Road! #DaysGone pic.twitter.com/UwfNw2JRGX
— Bend Studio (@BendStudio) April 26, 2019
Mode “Survivor” itu akan memberikan satu ciri yang lebih sukar kepada game mengenai zombie ini ke dalam gameplaynya di mana pemain boleh mencabar keupayaan mereka, terutamanya ia adalah lebih sukar daripada mode “Hard”. Mode Survivor juga akan membuang ciri-ciri seperti “Fast Travel” dan “Survival Vision” untuk meningkatkan lagi suasana suspens yang mendefinisikan pengalaman suvival. Peta juga tidak akan keluar pada HUD game sebagai indikasi tempat, yang akan menyebabkan pemain boleh berasa seakan-akan sesat dalam kempen 30-jam permainan ini. Pemain yang berjaya habiskan mode ini akan diberikan trofi baharu dan skins motosikal yang unik!
Manakala untuk cabaran mingguan pula, ia akan hadir pada awal bulan Jun ini di mana terdapatnya bike baru, Freakers atau Cabaran Combat yang akan diperkenalkan. Semua ini akan di-twist dalam jalan permainannya supaya pemain dapat item tambahan yang baru dan juga ganjaran. Akan ada lebih banyak lagi cabaran sebegini pada masa akan datang. Days Gone sudah pun keluar di pasaran PS4 26 April yang lalu, kalau korang nak tahu berbaloi atau tidak, bolehlah click sini!
Sumber: Days Gone Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post