Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC ke-3 Dragon Ball Z: Kakarot akhirnya didedahkan, menampilkan Trunks sebagai watak utama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 8, 2021
in Anime, ARPG, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC ke-3 Dragon Ball Z: Kakarot akhirnya didedahkan, menampilkan Trunks sebagai watak utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco akhirnya telah mengeluarkan trailer untuk DLC ke-3 Dragon Ball Z: Kakarot yang bernama Trunks: The Warrior of Hope! DLC terbaru ini bakal dilancarkan pada awal musim panas 2021, dan berlangsung 13 tahun selepas saga Android ketika Trunks dan Gohan bersiap sedia untuk memerangi Android 17 dan 18.

Selepas berbulan-bulan spekulasi, trailer rasmi untuk DLC ke-3 Dragon Ball Z: Kakarot telah diumumkan pada penghujung kejohanan Dragon Ball FighterZ Battle Hour. Di sini, penerbit Dragon Ball Z: Kakarot, Ryosuke Hara, memperkenalkan rakaman gameplay pertama untuk DLC Trunks: The Warrior of Hope. Trailer ini bermula dengan kematian Goku, lalu diikuti dengan kekalahan pahlawan-pahlawan hebat lain di Bumi di tangan Android 17 dan 18. Ia kemudian berakhir dengan adegan watak utama dalam story arc ini iaitu Trunks dan Gohan.

Dragon Ball Z: Kakarot sepenuhnya diterima oleh peminat walaupun mendapat sambutan bercampuran dari para pengkritik. Sebagai game “action-RPG” terbaru dalam francais Dragon Ball, ia berjaya menjual lebih dari 1.5 juta unit pada minggu pertama sahaja. Walaupun game ini  memenangi hati kebanyakan peminat, pembangunan episod DLC-nya mungkin membuat ramai bengang.

Tidak banyak kemas kini dibuat untuk kandungan Dragon Ball Z: Kakarot, lantas membuat ramai pemain kecewa dengan kemajuannya yang perlahan. Dengan jurang sebanyak tujuh bulan antara DLC 1 dan DLC 2, ketiadaan berita tentang DLC 3 menimbulkan kemarahan dan kekecewaan peminat. Walaupun Bandai Namco akhirnya mendedahkan DLC ini, tarikh pelancarannya masih dalam jarak tujuh bulan sejak DLC 2.

DLC 1 gagal memenuhi harapan peminat, kerana ia memilih pendekatan “boss battle” daripada menawarkan kandungan jalan cerita asal. DLC 2 A New Power Awakens – Part 2 pula mengikuti corak yang sama untuk boss battle yang sepatutnya lebih gempak. Boss Battle ini terbukti  mencabar dan menarik, tetapi ramai peminat berharap untuk kandungan DLC yang dapat mengembangkan jalan cerita melalui watak dan acara baru.

Walaupun DLC ke-3 kembali ke saga Android (Zamasu arc?), pemain akan mendapat peluang untuk meneroka kandungan jalan cerita baru yang tidak memerlukan latihan seperti DLC lama. Saya cuma berharap season pass ke-2 Dragon Ball Z: Kakarot akan memperbaiki kesalahan pendahulunya. Dragon Ball Z: Kakarot kini boleh didapati sekarang di PC, PS4, dan Xbox One. Untuk segala info tentang francais Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

PC
PS4
Dragon Ball Z: Kakarot
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Dragon Ball Z: Kakarot adalah game action RPG Dragon Ball yang bermula dari awal permulaan manga/ anime hingga ke kesimpulan epiknya. Dalam pengembaraan Saiyan Super ini, anda akan bertemu dengan pelbagai watak terkenal dan menavigasi di dunia ikonik Dragon Ball Z.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoDLCDragon BallDragon Ball Z: KakarotTrunksTrunks: The Warrior of Hope
Previous Post

Dating sim akan datang ke Genshin Impact dalam kemaskini 1.4!

Next Post

PUBG Mobile hadir dengan kolaborasi B.Duck yang unik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
PUBG Mobile hadir dengan kolaborasi B.Duck yang unik!

PUBG Mobile hadir dengan kolaborasi B.Duck yang unik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd