Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC FFXVI ‘Echoes Of The Fallen’ Tersedia Sekarang, Diikuti DLC ‘The Rising Tide’ Pada 2024 [TGA 2023]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 8, 2023
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, PS5, RPG
0 0
0
DLC FFXVI ‘Echoes Of The Fallen’ Tersedia Sekarang, Diikuti DLC ‘The Rising Tide’ Pada 2024 [TGA 2023]
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya, pemain Final Fantasy XVI akan dapat menikmati dua DLC baharu dalam masa terdekat! Khususnya, DLC pertama untuk Final Fantasy XVI: Echoes of the Fallen telah dilancarkan hari ini di PlayStation Store manakala kita dapat pengesahan bahawa DLC kedua, yang bertajuk The Rising Tide, akan dikeluarkan pada Musim Bunga 2024 (sekitar Mac hingga Jun).

Sempena itu, korang boleh tonton trailer di bawah untuk gambaran umum:

Echoes of the Fallen menampilkan jalan cerita baru , pertarungan baru, senjata baru , aksesori baru , level cap baru dan banyak lagi. Quest baharu akan tersedia selepas membuka Origin sebagai destinasi pada peta dunia dan menyelesaikan quest “Where There’s a Will” dan “Priceless.”

Kredit: Square Enix

Bagi pemain yang telah menyelesaikan quest yang diperlukan, pengembaraan baharu ini bermula sebelum pertarungan terakhir dalam base game, di mana kristal-kristal gelap aneh mula diedarkan di pasaran gelap. Sinopsisnya adalah seperti berikut:

“Ketika matahari terbenam di atas tanah Valisthea, kristal gelap aneh mula diedarkan di pasaran gelap. Mungkin ia adalah hasil jahat dari Mothercrystal yang sudah lama tertidur—yang dunia tidak pernah tahu wujud?”

“Untuk mencari jawapan, Clive dan rakan-rakan menemui sekumpulan pedagang yang mencurigakan. Jejak kumpulan pedagang itu membawa mereka ke menara Fallen yang telah lama ditinggalkan dan dikenali sebagai Sagespire di mana rahsia mengerikan menanti di dalam…”

Kredit: Square Enix

Kedua-dua “Echoes of the Fallen” dan “The Rising Tide” adalah DLC berbayar, tetapi pemain boleh membeli Final Fantasy XVI Expansion untuk bermainan kedua-dua DLC pada harga diskaun. Echoes of the Fallen bernilai RM40 manakala Expansion Pass bernilai RM100.

Kredit: Square Enix

Bukan itu sahaja, pemain juga akan menerima item bonus istimewa apabila membeli Echoes of the Fallen atau Expansion Pass termasuk Buster Sword yang membolehkan Clive menggunakan senjata ikonik Cloud Strife dari Final Fantasy VII, dan Orkestrion Roll “Away (1987)” yang membolehkan lagu “Away” versi 16-bit untuk dimainkan sebagai muzik latar belakang di Hideaway.

Kredit: Square Enix

Walaupubn tidak banyak yang didedahkan, DLC “The Rising Tide” akan dikeluarkan pada Musim Bunga 2024 (sekitar Mac hingga Jun), dan akan membawa cabaran baharu dan banyak lagi, termasuk pertarungan antara Clive dan Eikon legenda, Leviathan.

Akhir sekali, Final Fantasy XVI turut dijual pada harga diskaun di PlayStation Store sejak semalam hingga 11 Disember.

Dapatkan segala berita kami tentang TGA di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCFinal Fantasy XVI
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy VII Rebirth: Lagu Tema Didedahkan! Vincent & Cid Diperkenalkan! [TGA 2023]

Next Post

Skull and Bones Akhirnya Dapat Tarikh Lancar Baharu! Akan Tersedia 16 Februari 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Skull and Bones Akhirnya Dapat Tarikh Lancar Baharu! Akan Tersedia 16 Februari 2024!

Skull and Bones Akhirnya Dapat Tarikh Lancar Baharu! Akan Tersedia 16 Februari 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd