Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Disney+ Hotstar kini di Malaysia! Dapatkan harga langganan semurah RM54.90 untuk 3 bulan!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 1, 2021
in Android, Artikel, Berita, Disney+, iOS, Mobile, Movie/siri, Tempatan
0 0
0
Disney+ Hotstar kini di Malaysia! Dapatkan harga langganan semurah RM54.90 untuk 3 bulan!
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, iaitu Disney+  Hotstar kini telah dilancarkan bermula hari ini. Disney+ menawarkan cara baru bagi menikmati kandungan hiburan popular dan ikonik seperti Disney, Pixar, Marvel, Star Wars serta National Geographic. Anda juga dapat menikmati pelbagai siri hiburan dan filem umum tidak kira umur untuk karya tempatan serta Asia yang hebat!

Bermula 1 Jun ini, pengguna boleh melanggan perkhidmatan ini menerusi laman rasmi Disney+ Hotstar atau memuat turun dari aplikasi di Android dan iOS bagi menikmati penstriman dengan harga RM54.90 selama tiga bulan. Malah, pelanggan Astro Movies Pack berpeluang menikmati pelbagai pakej istimewa, dan pelanggan Astro yang lain boleh mendapat lanjut di laman rasmi Astro.

Disney+ Hotstar akan membawa pelbagai hiburan tidak kira umur, dengan pelbagai pilihan terdiri daripada 800 filem dan 18 ribu episod terbitan The Walt Disney Company yang hebat! Antara rancangan yang wajib anda tonton adalah seperti Raya and the Last Dragon, Luca, Avengers: Endgame, Frozen 2, Loki, The Falcon and The Winter Soldier, WandaVision dan The Mandalorian. Terdapat juga filem dan siri drama buatan Malaysia yang dinantikan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Semanis Senyumanmu dan Wifi Sebelah Rumah.

Pengalaman tontonan Disney+ Hotstar dengan kualiti visual dan audio terbaik

Dengan semakin banyak filem dan siri TV tersedia dalam format Dolby Vision HDR serta Dolby Audio, pengguna boleh menstrimkan rancangan kegemaran mereka menerusi Disney+ Hotstar dengan kualiti visual dan audio yang hebat! Pengguna juga boleh menikmatinya melalui aplikasi Android TV dan Apple TV. Dolby Vision menawarkan kualiti imej yang ultra jelas, dan Dolby Audio pula untuk bunyi yang lagi terperinci serta kesan bunyi yang realistik.

Pengarah urusan bahagian pasaran baru, Pankaj Kedia menyatakan mereka sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Disney+ Hotstar untuk membawa kualiti audio dan visual terbaik di Malaysia. Dengan dua gabungan tersebut, penonton pasti dapat menikmati pengalaman menakjubkan semasa strim .

Susulan pelancaran ini, pelanggan boleh menstrimkan Disney+ Hotstar pada pelbagai peranti TV mudah alih dan bersambung yang serasi, termasuk pemain media penstriman. Setiap akaun yang didaftarkan dapat menyokong dua strim serentak, serta kandungan boleh dimuat turun pada telefon bimbit dan tablet. Perkhidmatan ini juga bebas iklan dan mempunyai kandungan khusus untuk kanak-kanak, serta UI yang mesra kanak-kanak.

Untuk maklumat lebih lanjut lanjut serta mendapat info terkini, anda boleh layari laman rasmi Disney Plus. Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan Disney+ Hotstar anda sekarang sementara tawaran semurah RM54.90 untuk tiga bulan ini masih ada!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidAstroDisney+ HotstariOS
Previous Post

MSI “TECH MEETS AESTHETIC” melancarkan Produk Baru dalam talian

Next Post

Pendaftaran Free Fire Malaysia Championship 2021 kini dibuka! Hadiah berjumlah RM200 ribu menanti pemenang!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Pendaftaran Free Fire Malaysia Championship 2021 kini dibuka! Hadiah berjumlah RM200 ribu menanti pemenang!

Pendaftaran Free Fire Malaysia Championship 2021 kini dibuka! Hadiah berjumlah RM200 ribu menanti pemenang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd