Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Directive 8020: A Dark Pictures Game Dedah Gameplay Horror Sci-Fi Baharu, Akan Tiba Oktober 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2025
in Artikel, Berita, PC, PS5, Seram, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Directive 8020: A Dark Pictures Game Dedah Gameplay Horror Sci-Fi Baharu, Akan Tiba Oktober 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Supermassive Games secara rasmi telah mengumumkan Directive 8020: A Dark Pictures Game, game terbaru dalam siri The Dark Pictures Anthology, yang akan dilancarkan pada 2 Oktober untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.

Dalam Directive 8020, Bumi sedang menuju kehancuran, dan manusia terdesak mencari rumah baharu di antara bintang-bintang. Kapal angkasa Cassiopeia, sebuah kapal canggih yang direka sebagai koloni bergerak tetapi dikendalikan oleh kru yang kecil, dihantar untuk meninjau planet pilihan.

Misi yang sepatutnya menjadi ujian rutin bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kru terjaga daripada tidur selama empat tahun dan mendapati kapal mereka mengalami kerosakan, berlaku satu pembunuhan misteri, serta kelakuan mencurigakan dalam kalangan kru—semuanya membawa kepada nahas pendaratan di planet tersebut.

Pemain akan meneroka sisa-sisa kapal Cassiopeia yang kini terdampar dan semakin dimamah oleh kuasa asing yang menakutkan. Anda perlu meredah bilik-bilik yang musnah, koridor gelap, laluan sempit yang menyesakkan, malah menghadapi persekitaran planet yang berbahaya—tanpa mengetahui bahaya apa yang menanti di sebalik setiap sudut.

Kredit: Supermassive Games

Salah satu kejutan terbesar yang didedahkan dalam trailer adalah jangkitan organisma asing ke atas Cassiopeia. Organisma ini mampu menyamar sebagai mana-mana ahli kru, membuatkan pemain tidak dapat mempercayai sesiapa. Anda mungkin masih manusia, tetapi rakan kru di sebelah anda mungkin bukan.

Dengan pembunuh yang menyamar di kalangan mereka, pemain perlu menguasai mekanik baharu untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa yang berkeliaran.

Kredit: Supermassive Games

Sepanjang permainan, anda akan mengawal lima watak utama dalam kru yang nasibnya—serta nasib seluruh umat manusia—terletak di tangan anda. Apabila paranoia dan kecurigaan semakin meningkat, setiap keputusan yang anda buat akan menentukan siapa yang hidup dan siapa yang mati.

Untuk bertahan, pemain akan dibekalkan dengan pelbagai alat yang boleh digunakan untuk mencari rahsia, dan menyelesaikan teka-teki.

Kredit: Supermassive Games

Antara alat utama yang boleh digunakan ialah tali pinggang utiliti serba guna yang dilengkapi lampu suluh bahu—tetapi gunakan dengan berhati-hati, kerana cahaya boleh menarik perhatian makhluk asing. Pemain juga boleh menggunakan pengimbas elektronik untuk mengaktifkan sistem dari jauh, serta peranti komunikasi untuk berhubung dengan kru lain secara senyap.

Sebagai pilihan terakhir, terdapat “wedge tool” yang bukan sahaja berguna untuk membuka pintu tetapi juga boleh digunakan sebagai senjata sementara untuk melumpuhkan musuh dan memberikan anda peluang untuk melarikan diri.

Kredit: Supermassive Games

Peminat The Dark Pictures pasti gembira mengetahui bahawa elemen klasik siri ini masih dikekalkan dalam Directive 8020. Jalan cerita bercabang, pilihan mustahil, serta aksi pantas “quick-time events” masih menjadi teras utama pengalaman bermain.

Namun, game kali ini telah dipertingkatkan dengan mekanik yang lebih inovasi, menjadikan setiap eksplorasi lebih mencabar dan mendebarkan.

Kredit: Supermassive Games

DNantikan lebih banyak kemas kini daripada Supermassive Games ketika mereka terus mendedahkan rahsia gelap dalam bab terbaru ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Directive 8020
ShareTweetSend
Previous Post

Saros – Aksi RPG Baharu Housemarque Dijangka Tiba Pada 2026

Next Post

Tides of Annihilation – Sebuah “Action-Adventure” Di Mana Kita Berlawan Kesateria Gergasi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!
Review

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!
Berita

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

June 26, 2025
Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!
Berita

Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

June 26, 2025
Next Post
Tides of Annihilation – Sebuah “Action-Adventure” Di Mana Kita Berlawan Kesateria Gergasi

Tides of Annihilation - Sebuah "Action-Adventure" Di Mana Kita Berlawan Kesateria Gergasi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd