Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2025
in Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco bersama pembangun Media.Vision telah mendedahkan maklumat baharu mengenai Digimon Story Time Stranger.

Menurut produser utama, Ryosuke Hara, game ini memperkenalkan pelbagai sistem Enhancement yang inovatif, direka untuk memperkaya pengalaman RPG bertemakan penjagaan raksasa digital yang menggabungkan pertempuran berasaskan strategi, dan penyesuaian Digimon secara meluas.

Digimon Story Time Stranger showcases Cross Arts and DNA Digivolution 🧬

The gate to the Digital World opens 3rd October: https://t.co/ajpNosX9fa pic.twitter.com/GKgnkmshdn

— PlayStation Europe (@PlayStationEU) June 25, 2025

Dalam dunia ini, Digimon digambarkan sebagai makhluk digital yang menggabungkan elemen organik dan data elektronik. Di awal permainan, pemain akan menemui musuh Digimon pertama mereka, lalu memilih starter Digimon yang disediakan oleh ADAMAS (sebuah organisasi rahsia yang menyiasat fenomena luar biasa).

Dengan menewaskan jenis Digimon tertentu berulang kali, pemain boleh “convert” mereka dan menambah ke dalam koleksi yang merangkumi lebih 450 Digimon unik, masing-masing mempunyai ciri dan laluan evolusi tidak linear tersendiri.

Sistem combat turn-based dalam game ini bergantung pada interaksi antara Attribute dan Element Digimon. Terdapat tujuh jenis Attribute, termasuk Vaccine, Virus, Data, Free, dan Variable. Sementara itu, terdapat 11 jenis Element, antaranya Fire, Water, dan Plant.

Setiap Attribute dan Element memiliki kekuatan dan kelemahan tersendiri. Contohnya, Digimon jenis Virus lemah terhadap Vaccine, yang memberikan serangan dua kali ganda. Padanan Element yang betul, seperti menggunakan serangan Water ke atas Digimon yang lemah terhadap Water, juga akan meningkatkan jumlah damage.

Pemain boleh mengembangkan kekuatan pasukan melalui sistem Digivolution, yang bersifat tidak linear dan memerlukan syarat-syarat tertentu untuk dicapai. Digimon juga boleh De-digivolved kembali ke bentuk lebih muda, memberi kelonggaran dalam strategi latihan berdasarkan keperluan pertempuran.

Digimon Story Time Stranger turut memperkenalkan dua sistem baharu: Digimon Personalities dan Agent Skills. Setiap Digimon mempunyai satu daripada 16 personaliti, seperti Daring atau Adoring, yang memberi kesan kepada pertumbuhan statistik, skil yang dipelajari, serta laluan Digivolution.

Sebagai contoh, Digimon dengan personaliti Daring akan menerima peningkatan Attack dan Defense, menjadikannya pilihan ideal untuk pertempuran fizikal. Personaliti ini boleh diubah melalui latihan atau penggunaan item khas di Digifarm, membolehkan pemain membentuk semula fungsi Digimon mengikut peranan yang dikehendaki.

Sementara itu, Agent Skills mencerminkan perkembangan pemain sebagai ejen ADAMAS.

Melalui penyelesaian misi, pemain akan mengumpul mata yang boleh digunakan untuk membuka keupayaan tambahan, seperti meningkatkan keberkesanan Digimon dengan personaliti tertentu, mempercepatkan perolehan experience, atau memudahkan syarat evolusi.

Pemain juga boleh menggunakan teknik istimewa bernama Cross Arts (gabungan antara Digivice dan kebolehan Digimon) untuk mencetuskan bonus dalam pertempuran seperti peningkatan statistik atau serangan susulan. Apabila pemain naik pangkat sebagai ejen, kekuatan Digimon mereka juga turut meningkat.

Digimon Story Time Stranger akan dilancarkan pada 2 Oktober 2025 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S, manakala versi PC melalui Steam akan menyusul pada 3 Oktober. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Digimon Story Time Stranger
ShareTweetSend
Previous Post

Umamusume: Pretty Derby Berlumba ke Malaysia! Sambutan Awal Cukup Positif!

Next Post

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!
Review

Reviu F1 the Movie – Aksi Lumba F1 Disajikan Dalam Bentuk Pengalaman Sinematik!

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!
Berita

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

June 26, 2025
Umamusume: Pretty Derby Berlumba ke Malaysia! Sambutan Awal Cukup Positif!
Berita

Umamusume: Pretty Derby Berlumba ke Malaysia! Sambutan Awal Cukup Positif!

June 26, 2025
Next Post
Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

Call of Duty: Mobile Season 6 Hadir Dengan Kolaborasi Hebat Bersama Gundam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd