Selepas pengumuman pada November yang lalu, ramai peminat dan pemain Digimon Card Game menantikan kemas kini baharu mengenai projek baharu game kad tersebut. Berita baiknya, Bandai Card Game telah mendedahkan trailer baharu mengenai projek tersebut. Bukan setakat itu sahaja, trailer tersebut mendedahkan projek komik baharu bertajuk Digimon Liberator!
Seperti yang didedahkan dalam trailer, Digimon Card Game bakal mendapat siri webcomic pada musim bunga 2024 (April – Jun). Webcomic tersebut bertajuk Digimon Liberator! Melalui laman web rasmi, kita didedahkan dengan visual dua watak manusia dan dua Digimon baharu! Agaknya apalah nama mereka ini? Nampaknya kenalah nantikan kemas kini baharu pada bulan Januari nanti.

Tentang Digimon Card Game
Ia merupakan Trading Card Game yang kompetitif. Setiap pemain mempunyai teman Digimon di kawasan pertempuran untuk menyerang pihak lawan. Digimon anda evolve, menjadi lebih kuat dan memperoleh kuasa baharu! Anda menang dengan menewaskan keselamatan lawan anda (mengurangkan kad Security Area lawan anda kepada sifar) dan memberikan serangan kalah mati!

Boleh tahan juga reka bentuk Digimon baru untuk Digimon Liberator. Pasti ada banyak lagi watak-watak lain yang akan didedahkan pada masa akan datang. Tidak sabar pula untuk menunggu pengumuman lanjut mengenainya pada Januari ini. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Digimon daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post