Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna & My Hero Academia: Heroes Rising akan ditayangkan di GSC pada bulan depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna & My Hero Academia: Heroes Rising akan ditayangkan di GSC pada bulan depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Saya pasti ramai kaki movie sedang menunggu hari untuk masuk ke pawagam, dan akhirnya saya ada berita baik untuk rakan-rakan semua! Diumumkan hari ini, GSC secara rasmi akan sambung beroperasi tidak lama lagi. Seperti anda semua tahu, pawagam di seluruh dunia ditutup manakala pelbagai filem besar yang sepatutnya keluar pada awal tahun 2020 telah ditunda.

Berita baik ini dimuat naik di halaman FB rasmi GSC dan saya rasa ramai yang sedang gembira sekarang. Walaupun pawagam dibuka, kita mungkin tidak tahu filem apa untuk tonton. Jangan risau! GSC mendedahkan bahawa enam filem terkenal akan ditayangkan pada bulan Julai di pawagam mereka. Ia termasuk:

  • Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna
  • My Hero Academia: Heroes Rising
  • Kaiji: Final Game
  • Tenet
  • Train to Busan Presents: Peninsula
  • Intruder
  • Mulan
  • Low Season
  • Unhinged

Anda faham kan apa yang saya paling teruja? Sudah tentu lah filem Digimon terbaru dan My Hero Academia! Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna pada asalnya dijadualkan pada 16 April 2020 manakala My Hero Academia: Heroes Rising pula dijadualkan pada 26 Mac 2020.

Oleh kerana pandemik COVID-19, banyak produksi filem terpaksa ditangguhkan sementara yang lain harus mengubah tarikh tayangan mereka setelah terpaksa ditutup untuk kesihatan dan keselamatan. Tarikh tepat untuk setiap filem tidak diumumkan, tetapi GSC mengesahkan bahawa keenam-enam filem akan ditayangkan pada bulan Julai.

Ini memang satu penantian yang sangat berbaloi bagi peminat di Malaysia yang dah lama menunggu! Selepas teater kini dibuka semula dan masyarakat secara beransur-ansur kembali ke kehidupan normal, filem-filem di atas akan menjadi filem pertama yang ditayangkan pada bulan depan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animedigimonfilemGolden Screen CinemasGSCMalaysiaMy Hero Academia
Previous Post

Vegeta akhirnya mengatasi Goku dengan menunjukkan abiliti terbaru Forced Spirit Fission!

Next Post

“Wumpa disini~” CRASH BANDICOOT 4: IT’S ABOUT TIME secara rasmi didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
“Wumpa disini~” CRASH BANDICOOT 4: IT’S ABOUT TIME secara rasmi didedahkan!

"Wumpa disini~" CRASH BANDICOOT 4: IT’S ABOUT TIME secara rasmi didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd