GSC telah pun mendedahkan tarikh tayangan untuk filem anime Digimon Adventure 02: The Beginning untuk Malaysia! Filem tersebut dinanti-nantikan oleh ramai peminat Digimon setelah pengumumannya.
Berita baik buat semua peminat Digimon Malaysia, filem Digimon Adventure 02: The Beginning akan ditayangkan pada 30 November 2023 nanti! Ada kemungkinan besar ada tiket fan screening juga nanti, jadi kita nantikan sahaja pengumuman baharu daripada GSC!
Untuk pengetahuan anda, filem Digimon Adventure: The Beginning berlaku selepas filem prekuelnya Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna. Ia memaparkan watak-watak daripada siri yang sudah dewasa. Bukan setakat itu sahaja, watak baru Lui Ohwada yang memperkenalkan dirinya sebagai DigiDestined pertama turut diperkenalkan.

Berikut adalah sinopsis untuk filem Digimon Adventure 02: The Beginning:
Rahsia di sebalik kemunculan “DigiDestined” kini dibongkar. Sekarang tahun 2012, 10 tahun selepas pengembaraan antara Odaiba dan Digital World berlaku. Walaupun mereka sudah mengikut haluan masing-masing, Daisuke bersama DigiDestined lain dan Digimon mereka masih lagi berikat dengan hubungan yang sama. Satu hari, satu Digitama gergasi telah muncul di langit, atas Tokyo Tower, menghantar mesej kepada dunia.
“Semoga semua orang di dunia mempunyai kawan. Semoga mereka masing-masing mempunyai Digimon.”
Sedang satu dunia melihat kejadian itu, seorang pemuda bernama Lui Ohwada muncul di hadapan Daisuke dan kawan-kawannya dengan Digivice yang retak. Di sebalik kemunculan “DigiDestined” adalah permintaan Lui … Apabila masa lalu dan masa kini berhubung, krisis terbesar dalam sejarah Digimon terbongkar. Apakah yang Daisuke dan kawannya akan lakukan kali ini? Sekali lagi DigiDestined beraksi semula, tetapi kini sebagai seorang dewasa!

Untuk liputan lain mengenai Digimon daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post