Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV pecahkan rekod Blizzard, kini menjadi game paling pantas terlaris untuk syarikat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 7, 2023
in Action, Artikel, Battle.net, Berita, Fakta & Trivia, Game Baru, PC, PS4, PS5, RPG, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo IV pecahkan rekod Blizzard, kini menjadi game paling pantas terlaris untuk syarikat!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Blizzard Entertainment mengumumkan bahawa Diablo IV telah memecahkan rekod baharu dengan menjadi game paling pantas terlaris sepanjang masa, di mana ia mencatatkan jualan unit “pre-launch” tertinggi di kedua-dua konsol dan PC.

The fires of Hell burn bright 🔥#DiabloIV is the fastest selling Blizzard game of all-time. pic.twitter.com/L4pdjVnWFE

— Diablo (@Diablo) June 6, 2023

Walaupun Diablo IV baru sahaja dilancarkan secara rasmi untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Battle.net pada hari semalam, Blizzard membuka akses awal untuk game ini sejak 1 Jun lalu. Dalam tempoh pendek itu, Diablo IV telah dimainkan selama lebih 94 juta jam yang bersamaan lebih 10,000 tahun.

Pengurus besar Diablo, Rod Fergusson berkata:

“Kami amat berbangga untuk menawarkan cerita terkaya yang pernah diceritakan dalam game Diablo kepada pemain. Pemain mempunyai pelbagai pilihan, termasuk customization untuk watak peribadi, melengkapkan skil khas untuk memerangi syaitan yang mengerikan, atau mengumpul barang Legenda bagi menyokong gaya permainan anda sambil menemui perkara baharu.

“Sejak game ini pertama kali diumumkan pada tahun 2019, sokongan daripada berjuta-juta pemain di seluruh dunia mendorong kami ke arah pelancaran Sanctuary versi gelap kami.

Kredit: Blizzard Entertainment

Presiden Blizzard Entertainment, Mike Ybarra menambah:

“Visi kami di Blizzard adalah untuk mencipta pengalaman legenda untuk dikongsi semua, dan Diablo IV adalah realisasi luar biasa terhadap visi itu. Dengan gameplay yang sangat customizable, penceritaan yang menarik dan banyak pilihan tentang cara berinteraksi dengan dunia, alam semesta Diablo merupakan contoh cemerlang kepada kemampuan pasukan pembangunan berbakat kami.”

“Sama ada anda seorang veteran siri ini atau baru terjun ke Sanctuary buat kali pertama, kami mengalu-alukan pemain untuk pelancaran global Diablo IV.”


https://www.youtube.com/watch?v=XV4zVqb9vWc&ab_channel=Diablo

Berlatarkan 50 tahun selepas peristiwa Diablo III: Reaper of Souls, Diablo IV bermula dengan seruan Lilith, yang kembali ke alam Sanctuary. Dunia kini dipenuhi dengan makhluk yang mengerikan, dan hanya orang yang paling berani dapat menentang ancaman ini.

Diablo IV menampilkan dunia ARPG luas, yang boleh diterokai oleh pemain sebagai mana-mana pilihan kelas mereka — Druid yang berubah bentuk, Rogue yang tangkas, Sorcerer yang berkuasa elemental, Barbarian yang kejam dan Necromancer yang licik. Tiada jalan tetap; pemain dapat memilih cara mereka mahu maju, sama ada fokus mengejar Lilith atau meneroka sudut setiap rantau, sambil membina kekuatan mereka.

Kredit: Blizzard Entertainment

Tanah Sanctuary penuh dengan pelbagai biom dan makhluk berbeza, di mana kemahiran pemain akan diuji ketika anda merentasi lima wilayah di lebih 120 dungeon dan berpuluh-puluh side-quest. Selepas melengkapkan jalan cerita utama, pemain boleh meneroka aktiviti end-game untuk meneruskan pengembaraan mereka dan berkembang lebih kuat dalam kuasa.

Buat mereka yang berminat, Diablo IV kini boleh dimainkan di Windows PC, Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4 serta boleh bermain secara “4-player co-op” dan “2-player couch co-op”.

Baca segala berita kami tentang Diablo IV termasuk review dan interview di SINI.

Lihat di sini
Diablo IV
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Diablo IV adalah ARPG dungeon crawler yang dikembangkan oleh Blizzard Entertainment, sebagai ansuran keempat dalam siri Diablo. Permainan ini diumumkan di BlizzCon 2019 pada 1 November 2019 untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BlizzardDiablo IV
ShareTweetSend
Previous Post

Manga paling Terlaris pada 2023 setakat ini – Blue Lock menjadi raja!

Next Post

Filem Anime Terbaharu Studio Ghibli Tidak Akan Ada Trailer Sehingga Filem Ditayangkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!
Nintendo Switch 2

Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!

June 20, 2025
[EKSKLUSIF ASIA] Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles: Jawapan Sebenar Tiada Kandungan “The War of the Lions”
Eksklusif

[EKSKLUSIF ASIA] Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles: Jawapan Sebenar Tiada Kandungan “The War of the Lions”

June 20, 2025
Rematch Mulakan Kick Off – Game Bola Sepak Arcade Sloclap Kini di Konsol & PC!
Berita

Rematch Mulakan Kick Off – Game Bola Sepak Arcade Sloclap Kini di Konsol & PC!

June 20, 2025
Next Post
Filem Anime Terbaharu Studio Ghibli Tidak Akan Ada Trailer Sehingga Filem Ditayangkan!

Filem Anime Terbaharu Studio Ghibli Tidak Akan Ada Trailer Sehingga Filem Ditayangkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd