Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Diablo IV Open Beta Test’ bermula 24-26 Mac, versi ‘Early Access’ mula 17 Mac!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 20, 2023 - Updated on March 14, 2023
in ARPG, Artikel, Battle.net, Berita, Beta, PC, PS4, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
‘Diablo IV Open Beta Test’ bermula 24-26 Mac, versi ‘Early Access’ mula 17 Mac!
Share on FacebookShare on Twitter

Diablo IV secara rasminya akan dilancarkan pada 6 Jun tetapi Blizzard Entertainment akan mengadakan ‘open beta test’ bagi game tersebut bermula 24 hingga 26 Mac di Windows PC, Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5 dan PlayStation 4 untuk membuat beberapa penambahbaikan terakhir. Bukan itu sahaja, Early Access untuk Beta akan bermula dari 17 Mac – 19 Mac buat pemain yang membuat pre-order.

Muat turun awal untuk Early Access bermula 16 Mac jam 12 pagi. Muat turun awal untuk Open Beta akan bermula pada 23 Mac jam 12 pagi.

Semasa tempoh Open Beta Test, pemain dapat meneroka Diablo IV secara mendalam pada fasa awal permainan. Ini termasuk kempen Prolog dan keseluruhan Act 1 dan Zone pertama, Fractured Peaks. Di sini, pemain akan menemui Kyovashad, zon selamat di pergunungan, dan banyak Side Quest unik. Satu misi yang Blizzard saran anda cuba adalah Woodsman of Nevesk Side Quest yang berhampiran bandar Nevesk.

Seterusnya, pelbagai dungeon dan event tersebar di seluruh lokasi untuk pemain yang mencari cabaran. ‘World Event’ adalah misi kecil yang akan timbul secara rawak dalam zon dan terdiri daripada ‘melindungi orang yang sesat’ atau ‘menghapuskan iblis berbahaya’. Legion Event pula ialah misi berlainan yang mencabar anda dengan gerombolan syaitan yang lebih kuat.

Akhir sekali, Ashava -World Boss untuk Early Access dan Open Beta- akan muncul di Fractured Peaks. Cari rakan-rakan untuk mencabarnya pada 19 Mac dan 26 Mac.

Info tambahan; watak anda hanya boleh naik level sehingga Level 25.

Secara am, ini adalah peluang pemain untuk merasai Diablo IV sebelum keluaran rasminya pada 6 Jun. Bersama beta ini, anda mungkin menghadapi beberapa masalah prestasi, gangguan dan terjumpa ralat teknikal. Selepas Beta berakhir, Blizzard akan menilai semua maklum balas pemain dan membuat perubahan mengikut keperluan.

Jika anda telah membeli Diablo IV secara digital, Early Access kepada Open Beta akan tersedia secara automatik pada platform yang anda pre-order – tiada tindakan lanjut diperlukan. Sebaliknya, bagi mereka yang menerima kod Early Access, arahan adalah seperti berikut:

  • Pergi ke diablo.com/beta dan log masuk atau buat akaun Battle.net anda.
  • Masukkan kod anda dan pilih platform dan wilayah anda (jika berkenaan) daripada menu.
  • Pastikan anda menyemak pilihan sebelum mengklik butang Redeem.
  • Halaman ‘Success’ akan mengesahkan bahawa kod anda sah dan dituntut ke akaun.
  • Lihat e-mel akaun Battle.net anda untuk mendapatkan kod khusus platform. Ini akan dihantar melalui e-mel kepada anda dengan arahan baharu sejurus sebelum Early Access kepada Open Beta bermula.

Untuk maklumat lanjut tentang Open Beta ini, sila layari halaman blog Blizzard.


Sekali lagi saya ingatkan, Diablo IV akan dilancarkan pada 6 Jun di Windows PC, Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5 dan PlayStation 4.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diablo IVopen beta
Previous Post

[Review] Like A Dragon: Ishin – Game Spin-Off Yakuza Wajib Main Untuk Peminat Yakuza!

Next Post

Lies of P Rasmi Lancar Pada Ogos 2023, Trailer Baru Turut Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Lies of P Rasmi Lancar Pada Ogos 2023, Trailer Baru Turut Didedahkan!

Lies of P Rasmi Lancar Pada Ogos 2023, Trailer Baru Turut Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd