Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo Immortal kaw-kaw turun populariti, skor Metacritic hanya 0.5

safwan by safwan
June 9, 2022
in Android, Artikel, Battle.net, Berita, Game Baru, Game Online, iOS, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Diablo Immortal kaw-kaw turun populariti, skor Metacritic hanya 0.5
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Diablo Immortal telah diakui oleh peminat seluruh dunia bahawa game paling teruk yang pernah dikeluarkan oleh Blizzard berdasarkan skor pengguna di Metacritic. Buat masa sekarang, game tersebut telah menerima skor 0.5 daripada 10 berdasarkan lebih daripada 3000 pengguna.

Perkara ini berlaku disebabkan oleh microtransaction yang terlalu mahal dan tidak adil. Terdapat seorang pemain yang telah menghabiskan duit lebih daripada $110,000 (anggaran RM 483,229.94). Walaupun telah menghabiskan duit sebanyak itu, dia masih tidak dapat menaikkan level watak sepenuhnya.

Ramai peminat yang tidak berpuas hati dengan sistem “Legendary Gem” yang diperkenalkan dalam game ini. Menurut halaman YouTube Bellular News, mereka mengatakan bahawa untuk upgrade penuh dalam Diablo Immortal akan mengambil masa 10 tahun bagi pemain F2P. Pemain boleh mendapatkan Legendary Gem dengan membeli Legendary Crest tetapi ianya akan diberikan secara rawak.

Dengan harga yang sangat tinggi dan digabung pula dengan tuduhan bahawa game ini sepenuhnya bergantung kepada mekanik pay-to-win, memang ramailah orang yang memberikan skor yang rendah. Walaupun begitu, Metacritic sendiri telah memberi kritikan yang agak positif dengan meletakkan skor 75.

Ini adalah game ketiga dari Blizzard yang telah mempunyai skor pengguna di bawah 1.0 dalam Metacritic. Sebelum ini, pelancaran semula World of Warcraft: The Burning Crusade pada 2021 turut mendapat skor 0.5 tetapi dengan hanya seramai 371 pengguna. Walau bagaimanapun, game ini tidak menerima banyak kritikan negatif yang teruk jika nak dibandingkan dengan Diablo Immortal.

Lagi satu game adalah Warcraft 3: Reforged yang dituduh tidak mempunyai banyak ciri daripada game original tahun 2002.

Persoalan yang sering ditanya oleh peminat, adakah Blizzard akan mendengar kritikan negatif dan menambah baik game tersebut? Buat masa sekarang, tiada sebarang maklumat yang mengatakan mereka akan menambah baik game tersebut. Jika kita putar balik masa, mereka mengatakan bahawa untuk menaikkan level kelengkapan tidak akan menggunakan duit sebenar tetapi apa yang jadi sekarang adalah sebaliknya.

Saya ingin mengingatkan anda yang Diablo Immortal telah dilancarkan seluruh dunia pada 2 Jun, namun untuk negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia akan dilancarkan pada 22 Jun 2022. Ianya akan tersedia di platform iOS, Android dan PC melalui Battle.net. Kepada yang berminat nak main Diablo Immortal, korang rasa macam mana dengan kritikan yang diberi oleh pengguna di Metacritic? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Diablo Immortal, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Diablo Immortal
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Android, iOS
Diablo Immortal adalah permainan ARPG hack dan slash dalam siri Diablo yang direka untuk online multiplayer pada peranti mudah alih. Dikembangkan oleh Blizzard dan NetEase, permainan ini diumumkan pada akhir 2018 dan akan dilancarkan di Android dan iOS.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: diablo immortalMetacritic
Previous Post

Bekas NAVI ‘Boombl4’ dituduh ambil dadah oleh bekas isteri, cerai lepas 6 bulan berkahwin

Next Post

Kecoh Isu Bon Odori! Acara diteruskan dan tiada halangan untuk orang muslim pergi!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kecoh Isu Bon Odori! Acara diteruskan dan tiada halangan untuk orang muslim pergi!

Kecoh Isu Bon Odori! Acara diteruskan dan tiada halangan untuk orang muslim pergi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd