Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Devil May Cry 5 Review – Kehebatan sebenar Lagenda Budak Setan dalam siri yang terbaru!

Casey Edwards feat Ali Edwards - Devil Trigger.

Agent 13k by Agent 13k
March 12, 2019 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, PC, PS4, Review, Xbox One
0 0
0
Devil May Cry 5 Review – Kehebatan sebenar Lagenda Budak Setan dalam siri yang terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Ada waktunya apabila tengah main DMC 5, semuanya teratur walaupun ada beberapa waktu itu kita berasa goyah dengan musuh-musuh itu mula menyerang karekter yang kita main, tetapi dengan mendapat kombinasi dalam DMC 5 sememangnya hebat dengan serangan yang boleh lambung musuh ke udara sambil menembak musuh dengan senjata api yang karekter kita ada. Kemudiannya gred keluar di tepi skrin kaca TV dengan bunyi guitar yang kuat lagi padu, ketika itu saya adalah seorang yang hebat lagi maskulin di dalam DMC 5.

  • Pengenalan

Itu adalah perasaan pertama yang saya dapat gambarkan apabila saya main DMC 5, DMC 5 ada 21 Misi termasuk satu misi rahsia, game DMC 5 ini diketuai oleh Hideaki Itsuno seorang game designer didalam siri DMC 5 yang terbaru ini. Ianya agak masa sedikit untuk pemain mendapatkan rentak untuk mendapat kombo tersebut yang anda perlu ingat bagaimana dengan kombo tersebut. Devil May Cry adalah siri Hack ‘n’ Slash yang ramai orang orang suka main ketika dulu.

  • Karekter dan senjata

Anda akan main tiga karekter dalam DMC 5 iaitu Nero, Dante dan V. Nero mempunyai senjata seperti pedang Red Queen, pistol Blue Rose Revolver dan Devil Breaker yang mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh digunakan di dalam misi di DMC 5. Kemudiannya kita ada Dante yang terkenal dengan Ebony dan Ivory iaitu pistol Dante, kemudiannya pedangnya Rebellion yang ikonik, Balrog iaitu Devil Arm Dante dan motorsikal yang akan membantunya iaitu Cavaliere. Kemudian yang terakhir, si misteri iaitu V. V mempunyai spells yang memanggil Familiar seperti Griffon dan Shadow. Kemudianya ada summon iaitu Nightmare yang sangat kuat untuk menentang musuh di dalam DMC 5. Tetapi kalau mahukan “upgrade” dalam DMC 5 agak mahal kerana anda perlu bayar dengan Red Orbs tetapi ianya mahal kerana peringkat kesusahan itu tersendiri, jika peringkat senang, akan jadi lagi murah.

  • Jalan cerita

DMC 5 yang mempunyai jalan cerita yang bijak dan mempunyai skrip yang lucu, jarang DMC mempunyai twist dan jalan cerita yang mendalam seperti siapakah V, apakah musuh besar kali ini didalam DMC 5 dan banyak lagi. Penceritaan ini bermula ketika tamatnya DMC4, Dante dan Nero berkerjasama dengan orang baru iaitu V untuk melawan watak jahat yang misteri iaitu Urizen. Pada waktu itu Red Grave City telah menjadi tempat pembiakan mahkluk setan yang makan darah manusia, dan kebetulan banyak manusia dekat situ. Perlu diingatkan yang DMC 5 ada kelebihan masing-masing jadi tidak semestinya Nero senang diguna dan Dante juga senang diguna, lain orang dan lain perfahaman dalam DMC 5 tersebut.

  • Sistem tempur dan Bunyi

Jadi dalam bahagian mekanik game yang sememangnya sangat menarik, kerana ada waktu ianya sangat lancar dan sangat stabil dari segi senjata pilihan anda, seperti menembak dengan Blue Rose kemudian serang semula dengan pedang Red Queen adalah satu perasan yang sangat memuaskan. Walaupun begitu jika anda tidak biasa dengan dengan game DMC 5, Jangan risau kerana anda akan berasa senang kerana gameplay yang simple lagi seronok untuk pemain terbaru, juga ianya ada pilihan untuk tahap kesusahan yang berbeza, dari yang paling mudah kepada paling susah iaitu Devil Hunter. Soundtrack untuk DMC 5 bukan hanya yang biasa mahupun generik tetapi ianya sangat hebat dan kena dengan persekitaran di dalam pertempuran dengan pelbagai lagu seperti Subhuman dari kumpulan Suicide Silence dengan Michael Barr, Devil Trigger dari seorang komposer Casey Edwards dengan penyanyi Ali Edwards yang menjadi tarikan pemain sendiri, dan ada banyak lagi lagu di dalam DMC 5 yang memberikan testosterone yang diperlukan didalam DMC 5.

  • Boss dan Level Design

Boss di dalam DMC 5 setiap satunya ada kelainanya dan ada yang senang mahupun susah didalam perlawanan dengan boss tersebut, yang penting adalah mencari dimana kelemahan ataupun “loophole” untuk melawan boss seperti Goliath, Artemis, Nidhogg dan banyak lagi. Pada mulanya anda akan berlawan dengan Qliphoth iaitu boss yang paling senang tetapi anda perlu berhati-hati dengan melawan dengan boss tersebut, anda perlu bijak dengan senjata pilihan apabila melawan dengan boss tersebut. Tidak lupa juga yang level design setiap satu dalam game itu ada kebaikan dan kekurangan, yang kebaikan dalam level design itu adalah merasai persekitaran yang unik lagi mengagumkan, DMC 5 sememangnya menambahkan pengalaman yang seronok tetapi kekurangan dalam DMC 5 level design dalam game itu agak berulangan walaupun agak sama di dalam level design tersebut.

  • Mencari Konklusi

Kesimpulannya adalah Devil May Cry 5 adalah game yang ditunggu-tunggu oleh peminat dan menjanjikan aksi lagi lincah dan lagu yang sangat seronok seperti Devil Trigger dan Subhuman. Bagi pemain setia siri DMC mahupun pemain baru siri DMC akan suka dengan game ini bukan sahaja senang untuk dimainkan tetapi ianya mengekalkan elemen original di dalam Siri DMC 5 yang boleh didapati platform PC, PS4 dan Xbox One.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Devil May Cry 5

9 Score

Devil May Cry 5 adalah satu game yang rasa "Fresh" dan amat sesuai bagi peminat lama siri DMC dan peminat baru siri DMC. Sangat seronok untuk dimain dan memberikan penceritaan yang bijak.

PROS

  • Mengekalkan Elemen Originaliti Devil May Cry
  • Gameplay Tidak Berasa "repetitive"
  • Jalan Cerita Yang Kemas dan Skrip Yang Bagus
  • Grafik Yang Amat Memuaskan
  • In-Game Soundtrack Yang Sangat Mengagumkan

CONS

  • Level Design agak biasa dari waktu ke waktu
  • Orbs Dan Upgrade Yang Agak Mahal

Review Breakdown

  • Setan mungkin dah menangis sebab game yang padu 0
Tags: DanteDevil May Cry 5dmc 5neroreviewv
Previous Post

Dua pasukan FINALIS tournament Apex Legends kantoi guna CHEAT…

Next Post

Korang mungkin boleh bermain watak BARU dalam DLC Devil May Cry 5!

Agent 13k

Agent 13k

Peminat Ska-Punk, Bapa kepada 5 ekor kucing dan Aku baca encyclopaedia untuk seksa orang.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Korang mungkin boleh bermain watak BARU dalam DLC Devil May Cry 5!

Korang mungkin boleh bermain watak BARU dalam DLC Devil May Cry 5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd