Devil Jin, transformasi alternatif yang kuat tetapi disumpah untuk protagonis Jin Kazama, ialah salah satu daripada empat watak kegemaran baharu yang didedahkan untuk TEKKEN 8. Bandai Namco Entertainment Asia turut mendedahkan Zafina, Lee Chaolan dan Alisa Bosconovitch, dan menunjukkan gameplay pertama Panda – lantas menjadikan jumlah fighter daripada 30 kepada 32 watak unik yang akan membentuk senarai penuh.
Sempena itu, anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran lebih umum:
Devil Jin

Devil Jin ialah bentuk jahat kepada protagonis Jin Kazama yang telah kehilangan semua akal fikiran selepas kerana gen syaitan mengawal fikirannya. Penampilan Devil Jin sepadan dengan namanya, sesuai dengan kemahiran bertarungnya yang berada di luar kemampuan manusia dalam Tekken 8.
Lee Chaolan

Walaupun mahir dalam seni mempertahankan diri, kuasa sebenar Lee Chaolan datang daripada Suit Violet, sut pertempuran canggih yang sesuai untuk pertempuran jarak dekat dan dilengkapi dengan pelbagai ciri yang mencerminkan estetika Lee sendiri.
Alisa Bosconovitch

Alisa Bosconovitch ialah “android” yang dibangunkan oleh saintis hebat Dr. Bosconovitch – direka untuk kelihatan seperti anak perempuannya yang telah meninggal dunia. Kemahiran bertarung Alisa datang daripada badannya mekanikalnya yang membolehkannya untuk terbang dan menggunakan chainsaw di tangan.
Zafina

Zafina mengembalikan gaya pertempuran unik yang berasal daripada keturunan pahlawannya dan kebolehan rohaninya sebagai ahli astrologi mistik. Gaya ini setua keturunannya, di mana Zafina menggunakan ilmu Ancient Assassination Arts dalam serangannya.
Panda

Panda mempunyai nama panggilan sebagai “Pretty Protector” yang berasal dari tugasnya sebagai haiwan peliharaan dan pengawal peribadi kepada Ling Xiaoyu. Dia menggunakan Heihachi-Style Advanced Kuma Shin Ken sebagai gaya pertarungan utama.
Tekken 8 akan datang pada 26 Januari 2024, untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam, dan kini tersedia untuk pre-order dalam Standard, Deluxe dan Ultimate, dengan bonus disertakan untuk setiap edisi.
Untuk baca segala liputan kami tentang Tekken, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post