Developer Splitgate telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan “feature development” bagi game ini kerana ingin fokus kepada game baharu yang menggunakan universe sama. Namun, sebarang maklumat tentang game baru itu masih tidak didedahkan.
Pengumuman ini telah dibuat melalui posting mereka di Twitter. Menurut 1047 Games, “Splitgate telah mencapai tahap kejayaan yang tidak dijangkakan dan beberapa game indie bernasib baik untuk dicapai. Kejayaan awal ini membawa peluang untuk mengubah apa yang bermula sebagai projek asrama menjadi game AAA yang boleh berdiri teguh dengan shooter daripada penerbit terbesar dalam industri.”
Dalam pengumuman itu, mereka cuba memastikan semua orang bergembira dan mengubah sebuah bot menjadi kapal roket.

Selepas pertimbangan yang teliti dan banyak pertimbangan, pasukan 1047 Games telah memutuskan bahawa untuk membina game yang layak kepada peminat – dan untuk membinanya dengan cara yang tidak cuba mengubah suai dan mengendalikan produk sedia ada secara langsung – kami akan menamatkan “feature development” Splitgate .
Kami mengalihkan perhatian kami daripada berulang, kemas kini yang lebih kecil dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada game baharu dalam alam semesta Splitgate yang akan memberikan perubahan revolusioner, bukan evolusi, kepada game kami. Ia akan menjadi shooter, ia akan mempunyai portal, dan ia akan dibina dalam Unreal Engine 5. Oh, dan ia akan percuma.

Perkara ini akan berlaku selepas update besar mereka pada 15 September 2022 di mana mereka akan membuang perkataan “Beta” pada tajuk game mereka. Mereka juga melancarkan “Infinite Battle Pass” pada tarikh yang sama dengan menampilkan pelbagai ganjaran dalam game.
Selain itu, server game ini masih kekal aktif walaupun mereka menghentikan “feature development” dan masih banyak item yang akan ditampilkan dalam “in-game store”. Segala item dan progress yang anda telah lakukan akan diteruskan selagi server game masih hidup.

Dibangunkan oleh 1047 Games, ia merupakan game shooter 5v5 yang digabungkan dengan elemen portal. Semasa ia dikeluarkan buat kali pertama, ramai yang mengatakan ia adalah gabungan antara Halo dan Portal. Splitgate menampilkan perlawanan 5v5 dalam arena yang agak besar untuk dimainkan oleh para pemain.
Kepada sesiapa yang masih berminat untuk bermain Splitgate, ia telah tersedia di PlayStation4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. Apa pendapat korang tentang 1047 Games menamatkan “feature development” Splitgate. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post