Sejak ia diumumkan semasa 2019, ramai peminat yang menunggu game terbaharu Detective Pikachu, akhirnya kita mendapat pendedahan baharu untuknya. Semasa livestream Nintendo Direct, The Pokemon Company mengumumkan tarikh pelancaran untuk Detective Pikachu Returns, iaitu pada 6 Oktober 2023 di Nintendo Switch. Kalau anda ingin tahu, Detective Pikachu inilah yang menjadi inspirasi kepada adaptasi filem yang dikeluarkan pada 2019.
Untuk sekuel ini, Tim Goodman dan Pikachu akan kembali ke Rime City dengan Pokemon baharu daripada siri Pokemon Sword and Shield! Anda boleh tonton trailer di bawah untuk lihat serba sedikit tentang game baharu ini.
Untuk pengetahuan anda, Detective Pikachu mengisahkan tentang Tim Goodman, seorang pemuda yang mencari bapanya yang hilang. Apabila Tim bertemu dengan Pikachu yang boleh bercakap, tetapi tidak boleh menggunakan gerakan Pokemon, Tim mula sedari bahawa Pikachu mempunyai kaitan dengan bapanya. Game ini merupakan sebuah game yang berpusat kepada puzzle dan deduksi. Jadi tiada combat mahupun Pokemon battle dalam Detective Pikachu Returns. Ia dibangunkan oleh Creatures Inc. dan bakal temui peminat pada tahun ini.

Adakah anda tidak sabar untuk bermain sekuel ini? Agaknya apalah yang menanti Detective Pikachu dan Tim dalam pengembaraan baharu ini? Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post