Kalau anda pemain PC, mesti sudah biasa dengan perkataan “Denuvo”, salah satu program yang menjaga akses kepada kandungan game. Senang cerita lebih kurang seperti pelindung game daripada cetak rompak. Nampaknya Denuvo kini ingin melindungi game Switch pula selepas banyak game platform itu dimainkan pada emulator PC.
Semasa Gamescom, Denuvo telah mengumumkan teknologi yang dipanggil “Nintendo Switch Emulator Protection Solution“, di mana ia akan melindungi game daripada dimainkan pada emulator. Rata-rata ramai sudah tahu prestasi Denuvo pada game. Banyak juga game yang teruk prestasinya disebabkan oleh Denuvo. Ini telah membimbangkan ramai pemilik Switch apabila mendengar berita tersebut.
Memanglah Denuvo ini bagus dalam menangani kes cetak rompak, tetapi kalau sudah mengganggu prestasi game itu sendiri, memang ramailah yang tidak mahu Denuvo pada game mereka. Ada juga beberapa pemain yang membuang Denuvo daripada game mereka dan terus game itu berfungsi dengan lebih baik.

Kehadiran Denuvo pada Switch juga seperti tidak mahu pemain Switch bermain game konsol itu pada PC. Mana tidaknya, banyak mod menarik yang boleh digunakan untuk menjadikan game Switch lebih menyeronokkan. Ramai juga yang menggunakan emulator ini mempunyai salinan game original dan ingin bermain dengan peranti yang lebih bagus berbanding konsol tersebut.
Tidak dinafikan, lautan ini luas. Sudah tentu ada yang menggunakan emulator untuk bermain game cetak rompak. Tetapi kesian juga pada pengguna yang bermain menggunakan game yang dibeli.

Selain itu, dilaporkan bahawa Nintendo tidak terlibat dengan inisiatif DRM baru ini. Ia juga mendedahkan bahawa banyak penerbit game yang inginkan solusi terhadap game Switch yang dicetak rompak. Tekologi baru ini juga direka sepenuhnya untuk penggunaan luar talian tanpa perlu disemak secara dalam talian.
Apa pula pendapat anda mengenai Denuvo pada Nintendo Switch? Adakah anda risau tentang prestasi game selepas ini? Boleh kongsikan pendapat di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Switch daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post