Antara maklumat yang telah disahkan oleh Sony sendiri ialah kewujudan backwards compatibility untuk PS5. Semasa persidangan pelabur pada awal minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Sony, Jim Ryan juga mengatakan bahawa sokongan merentasi generasi ini akan menjadi sebahagian daripada PlayStation 5, membolehkan pemilik konsol generasi baru akan dapat bermain dengan pemilik konsol PlayStation 4.

Visi Ryan untuk PS5 adalah apa yang dia sebut sebagai “pengalaman komuniti PlayStation yang dipertingkatkan secara besar-besaran serta diperkayakan mempu berjalan lancar dan dinikmati tanpa mengira masa dan tempat”. Masa depannya kelihatan sangat menarik untuk pemain PlayStation.
Bercakap mengenai PS5, Sony juga memfokuskan perhatian mereka ke arah produksi filem dan drama daripada games PlayStation. Baru-baru ini, Shawn Layden, mendedahkan tentang PlayStation Productions semasa wawancara eksklusif dengan The Hollywood Reporter, di mana mereka sedang dalam pembangunan merealisasikan impian peminat untuk melihat watak kegemaran mereka beraksi di layar perak. Mesti menarik kalau dapat tengok game seperti God of War menjadi siri drama, kan?
Sumber: Game Byte
@gamersantaimy
Discussion about this post