Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Siapakah Yoriichi? Jom Kenali Pencipta Teknik Sun Breathing!

Maira by Maira
April 11, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Demon Slayer: Siapakah Yoriichi? Jom Kenali Pencipta Teknik Sun Breathing!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Demon Slayer: Swordsmith Village telah pun ditayangkan pada hujung minggu yang lalu. Kami pasti anda juga telah berjumpa dengan semua Upper Rank dalam Twelve Kizuki dan juga pencipta kepada teknik Sun Breathing, Yoriichi. Sekali pandang, Yoriichi kelihatan seperti Tanjiro sehingga ada orang fikir bahawa dia sebenarnya moyang Tanjiro. Tetapi dia sebenarnya dia tiada pertalian darah langsung dengan keluarga Kamado. Jom kami ceritakan secara ringkas mengenai Yoriichi kepada anda.

AMARAN! SPOILER MANGA DEMON SLAYER DIBAWAH!

Yoriichi dan abang kembarnya, Michikatsu telah dilahirkan dalam puak Tsugikuni semasa zaman Sengoku, di mana kembar dianggap sebagai petanda buruk. Yoriichi yang mempunyai tanda pelik pada dahinya telah di hantar ke kuil kerana tanda itu dianggap tidak bernasib baik. Tetapi tanda itulah yang memberikan kekuatan dan kebolehan hebat kepada Yoriichi .

Melihat kebolehannya itu, ayahnya membuat keputusan untuk menjadikan Yoriichi sebagai pewaris keluarga itu, tetapi dia telah melarikan diri kerana tidak mahu merampas kedudukan itu daripada abangnya. Walaupun begitu, Michikatsu telah iri hati dan benci kepada Yoriichi kerana sering mengatasinya dalam segala-galanya.

Demon Slayer yang digeruni

Dibantu oleh Tanda Demon Slayer dan bakat ilmu pedangnya, Yoriichi terbukti sebagai Demon Slayer yang sangat berkuasa. Dengan niat untuk membantu orang lain, dia cuba untuk mengajar teknik pernafasannya yang dipanggil Sun Breathing kepada Demon Slayer yang lain. Malangnya, tiada siapa dapat mengikut bentuknya dengan tepat.

Dia akhirnya mengubah suai tekniknya itu supaya sesuai dengan kekuatan mereka, membolehkan mereka memperoleh peningkatan kuasa dan kebolehan yang sama untuk membantu mereka memburu demon. Sebab itulah terdapat pelbagai teknik pernafasan yang terhasil seperti Air, Angin, Api dan lain-lain. Michikatsu yang cuba untuk memahiri Sun Breathing telah gagal tetapi mencipta gayanya tersendiri yang dipanggil Moon Breathing.

Hubungan dengan Tanjiro

Yoriichi pernah membantu Sumiyoshi Kamado apabila dia diserang oleh demon. Sejak itu, mereka telah menjadi kawan baik.

Selepas dia dibuang oleh Demon Slayer, dia telah melawat Sumiyoshi dan dia menceritakan segala perkara yang berlaku dalam hidupnya. Semasa dia bersama dengan keluarga itu, Yoriichi akan diminta oleh Suyako untuk melakukan bentuk Sun Breathing. Sumiyoshi yang menonton tarian itu dengan teliti telah menyimpannya dalam ingatannya.

Pada lawatan terakhirnya, dia telah memberikan subang Hanafuda-nya kepada Sumiyoshi. Mengetahui bahawa dia tidak akan berjumpa dengannya lagi, Sumiyoshi berjanji untuk memelihara Sun Breathing melalui keturunannya.

Jadi tidak peliklah mengapa Tanjiro boleh menggunakan Sun Breathing dalam siri ini. Subang Hanafuda yang dipakai Tanjiro mungkin subang yang sama diberikan oleh Yoriichi kepada Sumiyoshi.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Kalau anda masih belum menonton musim ketiga Demon Slayer, boleh pergi ke Netflix, iQIYI dan Bilibili. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Demon Slayer, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon SlayerTanjiroYorichii
ShareTweetSend
Previous Post

Sakura vs Sasori memenangi gelaran ‘Best Fight’ dalam Naruto – rupanya undian palsu!

Next Post

vivo V27 5G Review – Fotografi Malam Kini Lebih Mudah Serta Menawan Dengan Aura Light & AMX766V!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
vivo V27 5G Review – Fotografi Malam Kini Lebih Mudah Serta Menawan Dengan Aura Light & AMX766V!

vivo V27 5G Review – Fotografi Malam Kini Lebih Mudah Serta Menawan Dengan Aura Light & AMX766V!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd