Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles menambah Susamaru dan Yahaba!

Maira by Maira
November 15, 2021
in Anime, Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Fighting, Genre, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles menambah Susamaru dan Yahaba!
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan Demon Slayer terbaharu, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles, telah mengeluarkan dua karakter baru dalam kemas kini percuma, dan dua lagi akan datang tidak lama lagi. Permainan ini berdasarkan siri manga Demon Slayer, yang mendapat populariti besar apabila musim pertama siri anime dikeluarkan pada 2019. Apabila Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles dikeluarkan di Playstation, Xbox dan PC pada 15 Oktober, pemain memuji mekanik pertempuran permainan tetapi kecewa dengan kekurangan karakter yang boleh dimainkan.

Permainan ini dihasilkan oleh CyberConnect2, yang sebelum ini membangunkan siri Naruto Ninja Storm dan mereka telah menghasilkan semula banyak detik paling menarik dari musim pertama dan kedua anime itu. Selepas pemain menamatkan mod cerita dan membuka 18 karakter Demon Slayer yang boleh dimainkan, mereka boleh beralih ke mod multiplayer. Permainan ini menawarkan multiplayer secara lokal dan dalam talian di mana pemain akan bertarung antara satu sama lain menggunakna watak kegemaran mereka. Setiap watak menggunakan butang yang sama untuk serangan dan teknik, tetapi mereka juga mempunyai serangan dan teknik yang berbeza untuk dikuasai oleh pemain.

Sejak permainan ini dilancarkan, peminat telah menyuarakan kebimbangan mereka dalam talian tentang kekurangan watak yang boleh dimainkan dan gaya permainan yang berbeza, kerana banyak watak yang dikeluarkan mempunyai teknik yang sama. Sekarang peminat tidak perlu risau lagi mengenainya kerana kemas kini DLC kedua akan datang pada November ini atau awal Disember. Karakter percuma terbaru itu ialah Susamaru dan Yahaba. Maklumat ini telah dikongsikan melalui edisi terbaru Shonen Jump. Dua karakter baru ini akan memberikan pengalaman berbeza untuk pemain yang dahagakan kandungan baru dan lebih banyak ganjaran untuk dibuka dalam permainan Demon Slayer.

Kemas kini utama pertama Hinokami Chronicles telah dilepaskan pada 4 November, menambah Rui dan Akaza kepada mod multiplayer. Kedua-dua demon itu merupakan bos yang paling mencabar dalam mod cerita dan menawarkan jenis permainan yang sangat berbeza berbanding karakter yang lain. Kemas kini terakhir akan menambah lagi dua karakter tetapi identiti mereka masih lagi tidak diketahui dan trikh pelepasan untuk kemas kini itu juga masih belum diumumkan.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Untuk liputan lanjut mengenai permainan ini, sila klik pada pautan ini.

Sumber: Screenrant

Lihat di sini
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - Hinokami Keppuutan
Publisher: Aniplex
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Dalam Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - Hinokami Keppuutan, anda dapat mengalami semula kisah Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dalam "Solo Play Mode", dan bertarung sebagai watak-watak yang muncul dalam anime di Versus Mode, termasuk Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, dan banyak lagi.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami ChroniclesSusamaruYahaba
Previous Post

PS5 berusia 1 tahun, Sony mendedahkan game paling kerap dimainkan di konsol!

Next Post

Super Robot Wars 30 akan keluarkan Free Update pada 17 Nov, DLC 1 pada 19 Nov!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Super Robot Wars 30 akan keluarkan Free Update pada 17 Nov, DLC 1 pada 19 Nov!

Super Robot Wars 30 akan keluarkan Free Update pada 17 Nov, DLC 1 pada 19 Nov!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd