Hari ini menandakan peluang terawal anda untuk mencuba game pertama Demon Slayer -Kimetsu No Yaiba- The Hinokami Chronicles di platform PlayStation, Xbox, dan PC. Supaya tiada yang salah faham, game ini tidak akan dilancarkan sepenuhnya sehingga hari Sabtu, 16 Oktober. Walau bagaimanapun, jika ada sesiapa yang telah membuat pra-pesanan Digital Deluxe Edition, anda juga mendapat faedah tambahan kerana dapat bermain game ini dua hari sebelum orang lain.
Untuk meraikan pelancaran akses awal, CyberConnect2 telah mengeluarkan trailer baru.
Adventure Mode: The Hinokami Chronicles
Dalam Adventure Mode, anda dapat mengawal Tanjiro Kamado dan menyelami cerita anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba! Mod ini merangkumi peristiwa “Tanjiro Kamado, Unwavering Resolve Arc” di mana Tanjiro memulakan perjalanannya, menyertai Demon Slayer Corps, dan memerangi berbagai iblis, serta “Mugen Train Arc” di mana dia ditemani oleh Flame Hashira, Kyojuro Rengoku.

Versus Mode: Battle
12 watak dari Demon Slayer: anime Kimetsu no Yaiba, termasuk Tanjiro Kamado dan Nezuko Kamado, serta 6 watak dari spinoff rasmi siri “Junior High and High School!! Kimetsu Academy Story”, akan sertai Mod Versus. Anda boleh memilih gabungan 2 watak dari jumlah total 18 untuk mengambil bahagian dalam pertempuran!
Kemas Kini Percuma: Demon sertai Versus Mode!

3 kemas kini percuma akan tersedia selepas pelancaran permainan, dan menambahkan para Demon ke Versus Mode sebagai watak yang boleh dimainkan. Kemas kini pertama akan memperkenalkan Rui: Lower Five, dan Akaza: Upper Three, sebagai watak Versus Mode terbaru.
Salah satu wartawan kita, Nyny.A telah menulis ulasan lengkap untuk Demon Slayer -Kimetsu No Yaiba- The Hinokami Chronicles, jadi jika anda tidak beberapa yakin, korang boleh membaca ulasan kami dahulu. Berikut adalah beberapa petikan dari kami:
The Hinokami Chronicles sememangnya adalah adaptasi yang hebat dari anime asli Demon Slayer dan peminat pasti tidak mahu melepaskannya. Tetapi, pihak pemaju harus secepat mungkin menambah lebih banyak watak untuk dimainkan.
Untuk segala liputan kami tentang francais Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post