Kehidupan Kamado Tanjiro dan Nezuko telah berubah setelah keluarga mereka dibunuh oleh Kibutsuji Muzan, raja Demon. Bukan setakat itu sahaja, Muzan juga telah menukar Nezuko menjadi demon semasa menyerang keluarga Kamado. Sepanjang siri, kita tahu bahawa Muzan ingin menjadi demon terkuat dan mengatasi kelemahannya terhadap cahaya matahari, salah satu daripada kelemahan yang dimiliki demon. Persoalannya bagaimana Nezuko boleh menjadi mangsa keadaan sehingga ditukarkan menjadi demon oleh Muzan?
AMARAN! SPOILER MANGA DEMON SLAYER DIBAWAH!

Kepada pembaca manga, anda pasti tahu mengenai hubungan keluarga Kamado dengan Tsugikuni Yoriichi. Pencipta Breathing Style dan pengguna Sun Breathing Style itu mempunyai hubungan baik dengan moyang keluarga Kamado. Dia juga hanya meluangkan masa bersama mereka semasa pengembaraannya. Muzan yang hampir terbunuh dengan Sun Breathing Style telah memburu sesiapa sahaja yang menggunakan teknik itu dan memastikan mereka tidak boleh menggunakannya lagi.

Walaupun Kamado tidak mempunyai demon slayer dalam keluarga mereka, tetapi Tanjiro telah didedahkan dengan tarian Hinokami Kagura yang diturunkan dalam keluarga itu. Kalau anda ingin tahu, tarian Hinokami Kagura sebenarnya mempunyai prinsip asas Sun Breathing Style yang telah dikembangkan. Muzan telah mengetahui mengenainya dan takut legasi Yorichii itu akan membunuhnya kelak. Sebab itulah, dia telah membunuh keluarga Kamado. Tetapi masih tiada penjelasan mengenai Nezuko yang bertukar menjadi demon.
Rupa-rupanya di akhir arc “Swordsmith Village” dan penamat Demon Slayer, barulah didedahkan mengapa Nezuko boleh bertukar menjadi demon. Disebabkan dalam keluarga Kamado ramai yang dilahirkan dengan tanda Demon Slayer serta “disayangi” oleh matahari, Muzan telah melakukan eksperimen ke atas keluarga Kamado dengan harapan seseorang daripada keluarga itu berjaya menjadi demon yang kebal terhadap matahari. Memandangkan ramai yang telah mati akibat racun darahnya, Muzan telah meninggalkan keluarga itu. Apa yang dia tidak tahu ialah Nezuko sebenarnya terselamat dan mempunyai kebolehan yang diingininya selama ini.

Kalau anda ingin tahu selebihnya, kenalah baca manga Demon Slayer di platform rasmi atau membeli komik fizikal dalam talian atau kedai buku seperti Kinokuniya. Musim ketiga siri anime juga akan membawa anda ke arc “Swordsmith Village” dengan dua Hashira terbaru. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post