Tahun lepas kita telah disajikan dengan pelbagai siri anime hebat termasuklah penamat Attack on Titan, musim baharu Demon Slayer, Bleach dan banyak lagi! Sudah tentu akan ada siri yang menjadi tontonan ramai pada setiap tahun. Baru-baru ini dilaporkan bahawa siri Demon Slayer: Swordsmith Village Arc merupakan anime yang paling banyak ditonton di Jepun. Laporan ini didedahkan oleh Video Research.

Pada laman web itu, pelbagai data mengenai rancangan television seperti drama, sukan, anime dan banyak lagi telah direkodkan. Jom kita fokus pada bahagian anime sahaja.
Menurut data tersebut, Demon Slayer musim ketiga telah menjadi siri anime yang paling banyak ditonton dengan lebih daripada 15.4 juta penonton yang menontonnya. Bukan setakat itu sahaja, siri itu juga mendominasi tempat kedua dengan tayangan kompilasi khas Entertainment District arc. Tempat ketiga pula jatuh kepada siri Sazae-san dan diikuti oleh Frieren dan Detective Conan.

Nampaknya penonton di Jepun memang minat habis pada siri ini. Tidak kiralah penonton muda atau dewasa, pengaruh siri ini sememangnya besar. Sudah tentu ia juga diminati oleh peminat anime di seluruh dunia. Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton musim baharu selepas ini.
Mengenai musim baharu siri, ia akan mengadaptasi “Hashira Training Arc“, di mana Tanjiro telah bertemu dengan Stone Hashira, Himejima yang ingin melatihnya untuk pertarungan yang akan datang. Latihan untuk menjadi Hashira sudah tentu begitu susah dan memenatkan. Apatah lagi untuk mendapatkan kelulusan daripada Himejima, tetapi Tanjiro tidak mengalah. Dengan Nezuko yang boleh berada di bawah matahari, Muzan pula merancang untuk menculiknya.
Berita baiknya, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba — To The Hashira Training akan ditayangkan di Malaysia pada 29 Februari 2024. Anda boleh menonton episod pertama untuk musim baharu lebih awal berbanding orang lain. Nantikan jualan tiketnya nanti!
Kalau anda ingin mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post