Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Samurai Warriors 5 akan keluar pada 20 Julai 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2021
in Artikel, Berita, Demo, Genre, Musou, Nintendo Switch, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Demo Samurai Warriors 5 akan keluar pada 20 Julai 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya, para gamers di seluruh dunia ada peluang untuk mencuba permainan Samurai Warriors 5 sebelum ia dilancarkan secara di mana Koei Tecmo mengumumkan bahawa demo Samurai Warriors 5 akan dilancarkan tidak lama lagi di setiap platform utama. Akaun Twitter rasmi Amerika Utara dan Eropah untuk Koei Tecmo mengesahkan bahawa ia akan muncul di kedua-dua rantau pada 20 Julai 2021. Walaupun negara-negara Asia termasuk Malaysia tidak diumumkan secara spesifik, kemungkinan besar mereka akan mengeluarkan demo sekali di rantau ini kerana populariti permainan yang tinggi.

On Tuesday 20th July, a playable demo for #SamuraiWarriors5 will be available for Europe across all formats (Nintendo Switch, PC, PlayStation 4 and Xbox One).

Save the date! (check below for full details)⬇️https://t.co/9rvmPmONJW #SW5 #KTFamily pic.twitter.com/S0sm4iwC4a

— KOEI TECMO EUROPE (@koeitecmoeurope) July 13, 2021

Samurai Warriors adalah siri spin-off Dynasty Warriors dan mengisahkan tokoh-tokoh sejarah dan peristiwa penting dari sejarah Jepun. Penduduk Jepun sudah boleh membeli permainan memandangkan ia dikeluarkan pada bulan lepas tetapi bagaimana pula dengan peminat di luar Jepun? Sekurangnya, kita ada demo buat pemain yang tidak boleh bersabar lagi.

Dari penjelasan Koei Tecmo di Twitter, kita dapat mencuba dua senario iaitu Nobunaga’s Path: “Raid on the Imagawa” dan “Assault on Mino”. Seterusnya kita boleh pilih dua dari empat pilihan watak untuk bermain kedua-dua senario dalam “Free Mode” iaitu:

  • Hideyoshi Hashiba
  • Nō
  • Ieyasu Tokugawa
  • Toshiie Maeda

Kemajuan pemain untuk versi demo juga tidak akan dihapuskan dan boleh dipindahkan ke permainan utama setelah ia dilancarkan secara rasmi. Harap maklum bahawa itu hanya empat daripada berpuluh-puluh watak yang boleh dipakai dalam Samurai Warriors 5. Pada masa yang sama, kita juga ada sedikit berita sedih. Koei Tecmo mengesahkan bahawa mereka tidak akan menambah watak DLC. Sebaliknya, mereka mengumumkan Season Pass yang memberi barang bonus untuk upgrade watak dan emas untuk upgrade atau membeli senjata. Selain itu, Season Pass mempunyai enam senario tambahan, enam background music track, senjata tambahan, dan kuda unik.

Samurai Warriors 5 akan dilancarkan pada 27 Julai 2021 di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC, manakala demo akan muncul pada 20 Julai 2021. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber –  Koei Tecmo

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoMusounintendo switchPCPS4Samurai WarriorsSAMURAI WARRIORS 5Xbox One
Previous Post

Makin hit di Netflix, saksikan debut Featurette di sebalik tabir RESIDENT EVIL: Infinite Darkness

Next Post

Kemaskini grafik Nier: Automata akan tersedia di Steam bermula 15 Julai ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Kemaskini grafik Nier: Automata akan tersedia di Steam bermula 15 Julai ini!

Kemaskini grafik Nier: Automata akan tersedia di Steam bermula 15 Julai ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd