SEGA dan pembangun Ryu Ga Gotoku Studio membawa berita menarik untuk peminat. Demo untuk Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii akan tersedia pada 14 Februari di PS5, Xbox Series X|S dan PC (Steam), memberikan peluang kepada pemain untuk merasai sendiri game unik ini sebelum pelancaran penuhnya.
Demo ini menawarkan gambaran awal tentang apa yang bakal menanti dalam versi penuh. Pemain boleh:
- Meneroka Dunia Secara Bebas – Jelajahi sebahagian lokasi utama seperti Honolulu dan Madlantis yang penuh misteri.
- Bertukar Gaya Pertarungan – Gunakan gaya bertarung Mad Dog dan Sea Dog yang masing-masing menawarkan gerakan serta strategi unik.
- Menguji Kemahiran Bertarung – Hadapi musuh buruan yang kuat dalam pertempuran mencabar.
- Bertarung di Lautan – Rasai aksi mendebarkan dengan empat pertempuran kapal dan dek dalam Pirates’ Coliseum.
- Menyesuaikan Penampilan – Gayakan watak anda dengan pelbagai pakaian dan aksesori.
- Nikmati Aktiviti Sampingan – Rehat seketika daripada pertempuran dan hiburkan diri dengan sesi karaoke yang menampilkan tiga lagu.
Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii akan dilancarkan secara global pada 21 Februari untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, serta PC melalui Steam dan Microsoft Store. Dengan demo Pirate Yakuza in Hawaii, pemain dapat merasai lebih awal gabungan aksi dan elemen pengembaraan bertemakan lanun yang bakal menjadikan game ini satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.
@gamersantaimy
Discussion about this post