Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Beta ‘Inazuma Eleven: Victory Road’ Tersedia Hari Ini Di PlayStation & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 18, 2024
in Artikel, Berita, Beta, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
Demo Beta ‘Inazuma Eleven: Victory Road’ Tersedia Hari Ini Di PlayStation & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, LEVEL-5 telah memgumumkan bahawa Beta Test Demo akan diadakan di seluruh dunia untuk game bola sepak anime ‘Inazuma Eleven: Victory Road‘ di platform PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada hari ini, 18 Julai 7pm.

Beta Test Demo termasuk kandungan berikut:

  • Perlawanan Single-Player dan Online – Pemain boleh bersaing secara online atau menentang bot, serta melatih skuad mereka. Sebanyak 49 pemain akan tersedia dalam versi beta, dengan lebih 4,500 watak akan dimasukkan untuk game penuh.
  • Story Mode – Pemain boleh mencuba keseluruhan Chapter 1 bagi Story Mode.

Gameplay Umum

Agak sukar untuk dijelaskan, tetapi gameplay menyerupai game bola sepak tipikal seperti EA Sports FC dan eFootball, tetapi dengan keunikan anime. Secara am, anda boleh mengelecek, menghantar bola ke rakan sepasukan, dan menyepak bola seperti biasa, tetapi setiap tindakan dan aksi dibuat agar mirip seperti anime original Inazuma Eleven. Ini bemaksud ada tambahan kuasa, mekanik RPG, dan banyak lagi.

Kredit: LEVEL-5

Menampilkan jalan cerita original, Story Mode berlatarkan 25 tahun selepas game original Inazuma Eleven. Kali ini, kisa akan tertumpu pada Unmei Sasanami, seorang budak lelaki yang tidak boleh bermain bola sepak, tetapi sebaliknya memantau pemain lain dan mencipta pasukan bola sepaknya sendiri sebagai komander mereka. Bersama, mereka akan membina ‘jalan kemenangan’.

Kredit: LEVEL-5

Lebih menarik lagi, cutscene dalam game dan animasi lain telah dihasilkan dengan kerjasama studio animasi MAPPA, yang terkenal dengan Jujutsu Kaisen, Attack on Titan: The Final Season, Chainsaw Man, dan banyak lagi!

Inazuma Eleven: Victory Road bakal dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch, PC melalui Steam, iOS dan Android pada tahun 2024, dan jika berminat untuk cuba demo versi Beta, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Inazuma Eleven: Victory Road
ShareTweetSend
Previous Post

HoYo FEST 2024 Malaysia – Barisan Aktiviti Penuh & Barangan Eksklusif!

Next Post

‘Emio – The Smiling Man: Famicom Detective Club’ Akhirnya Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
‘Emio – The Smiling Man: Famicom Detective Club’ Akhirnya Didedahkan!

'Emio – The Smiling Man: Famicom Detective Club' Akhirnya Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd