Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demi tanggung kos sekolah perubatan, pelajar kolej jual koleksi kad Pokemon bernilai $80,000!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 31, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Demi tanggung kos sekolah perubatan, pelajar kolej jual koleksi kad Pokemon bernilai $80,000!
Share on FacebookShare on Twitter

Koleksi kad Pokemon menjadi semakin bernilai sejak kebelakangan ini, di mana kebanyakkan kad Pokemon yang dianggap “rare” boleh dijual pada harga berpuluh-puluh ribu atau lebih. Pada masa yang sama, kos purata untuk pengajian telah meningkat pada tahap yang lebih tinggi, dengan ramai pelajar kini merasa ia  lebih sukar untuk membayar pendidikan mereka. Oleh itu, seorang pelajar kolej berjaya mengubah hobi kanak-kanaknya kepada sesuatu yang dapat menjamin kehidupan masa depannya secara kewangan.

Dilaporkan oleh FOX 5 Atlanta, seorang pelajar University of North Georgia bernama Caleb King telah menjual koleksi kad Pokemonnya pada harga sekitar $80,000 di eBay. King telah membeli kad tersebut pada tahun 2016 dengan harga hanya $4,000, tetapi nilainya telah meningkat sebanyak 20 kali ganda sejak 2020. King merancang untuk menggunakan keuntungan tersebut untuk membiayai pendidikannya di sebuah sekolah perubatan dan memberitahu bahawa nilai kad-kad ini meningkat kerana kes “lockdown” di Amerika.

“Orang mungkin menginginkan sesuatu yang mengalihkan perhatian mereka daripada semua yang sedang terjadi, dan saya rasa [Pokemon] adalah salah satunya.” -kata Caleb King.

Buat masa ini, King masih belum selesai menjual kad Pokemon. Koleksinya masih mempunyai 21 kad dan sedang bernilai sehingga $50,000, termasuk kad “Red Cheeks Pikachu” edisi pertama yang bernilai sehingga $20,000. King juga menyatakan bahawa walaupun ibu bapanya tidak mengizinkan King untuk menghabiskan duit beribu-ribu demi kad Pokemon, akhirnya mereka mengaku ia bukanlah pelaburan sia-sia.

Pada tahun ini saja, kad Pokemon meningkat dengan drastik dalam populariti dan ramai influencer besar di internet telah mengikuti trend ini. YouTuber Logan Paul telah membeli kad Charizard dengan harga $150,000 manakala streamer dan bekas rapper, Logic membeli kad yang serupa pada harga $200,000 yang lebih tinggi. Sama ada trend ini akan berterusan sehingga 2021, saya tidak tahu, tetapi jika ia akan tamat, Caleb King mungkin ingin menjual kadnya secepat mungkin.

Sumber: FOX 5 Atlanta

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Caleb Kingkad Pokemonkolejpelajarpokemon
Previous Post

Nampak futuristik dengan Anime Matrix – Ini review ASUS ROG ZEPHYRUS G14 RMT01-ACRNYM gaming laptop kami!

Next Post

Team SMG mengumumkan pasukan Dota 2! Terdiri daripada Mushi, Neah666, vtFαded, Ah Fu & Ninjaboogie!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Team SMG mengumumkan pasukan Dota 2! Terdiri daripada Mushi, Neah666, vtFαded, Ah Fu & Ninjaboogie!

Team SMG mengumumkan pasukan Dota 2! Terdiri daripada Mushi, Neah666, vtFαded, Ah Fu & Ninjaboogie!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd